Tak Pasal Pasal Kena Jel Bila Mangsa Masih Hidup

Tak Pasal Pasal Kena Jel Bila Mangsa Masih Hidup

Mexico City: Seorang guru muzik dibebaskan selepas 21 tahun menjalani hukuman di penjara Mexico City atas kesalahan membunuh yang tidak pernah dilakukannya.

The Sun melaporkan, Manuel Valdovinos berkata, pihak berkuasa Mexico masih belum membuat permohonan maaf atas kesilapan itu.

Menurut rekod, guru yang mengajar di bandar Texcoco pada tahun 2000 itu ditahan selepas disyaki membunuh individu bernama Manuel Martínez Elizalde.

Dia kemudian dihukum penjara 41 tahun atas kesalahan itu sebelum akhirnya dibebaskan minggu lalu.

Ia selepas ‘mangsa’ kes bunuh berkenaan ditemui masih hidup di Amerika Syarikat (AS).

Sepanjang dalam tahanan, Manuel tetap tidak mengaku bersalah dan mendakwa polis memukul dan menyeksanya.

Tindakan itu dilakukan dengan tujuan mendesaknya untuk mengaku bersalah atas perbuatan yang tidak pernah dilakukan.

Menurut satu laporan media tempatan, polis membawa Manuel ke sebuah gudang dan menggantungnya pada rantai sebelum memukul serta menderanya dengan kejutan elektrik.

Lelaki itu kemudian diletakkan di dalam bekas berisi ais supaya kesan kecederaan tidak kelihatan.

Manuel pernah meluahkan isi hatinya menerusi sepucuk surat dihantar kepada Presiden Andrez Manuel Lopez Obrador selepas mendapat kebenaran berbuat demikian.

“Hari ini saya dapat memberitahu kamu bahawa selepas saya menjadi mangsa penyeksaan, penahanan sewenang-wenangnya, penipuan kejahatan,” katanya.

Lopez Obrador kemudian dilaporkan memberi ‘lampu hijau’ kepada usaha untuk membebaskan tertuduh.

Selepas meneliti semula kes berkenaan, sebuah jawatankuasa kehakiman memerintahkan pembebasan segera Manuel.

Dia disambut oleh keluarganya di pintu masuk penjara Almoloya de Juarez.

Menurut laporan, selama 21 tahun di penjara, Manuel ‘kehilangan’ seorang anak dan beberapa individu tersayang, malah pernah berharap supaya mereka membiarkannya mati.

Menurut Manuel, dia masih mempunyai rekod jenayah yang akan menghalangnya mencari pekerjaan.

Setakat ini, belum ada ada pengesahan sama ada pasukan perundangannya bercadang untuk menuntut ganti rugi atas kesilapan berkenaan.

Tak Pasal Pasal Kena Jel Bila Mangsa Masih Hidup


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Video upacara sembahyang di Bayan Lepas tular [VIDEO]

Isteri Ezad Lazim Korek Tabung Bayar Pembedahan Bila Insurans Tak Ada, Bil Hospital Mahal [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker