Rider RXZ bersepai rempuh Viva

KEADAAN motosikal yang ditunggang mangsa kemalangan maut di Kilometer 17, Jalan Melawi-Kuala Besut, Pasir Puteh, Kelantan malam tadi.-UTUSAN/IHSAN PDRM

PASIR PUTEH: Seorang lelaki maut selepas motosikal Yahama RXZ yang ditunggangnya merempuh sebuah kereta yang sedang membelok masuk ke simpang di Kilometer 17, Jalan Melawi – Kuala Besut berhampiran simpang tiga Perahu Tok Bali di sini malam tadi.

Dalam nahas kira-kira pukul 9.10 malam itu, mangsa yang berusia 32 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintendan Zaizul Rizal Zakaria berkata, siasatan awal mendapati, mangsa menunggang motosikal jenis Yamaha RXZ dari arah Jalan Kuala Besut ke Melawi.

Menurutnya, semasa tiba di lokasi kejadian, sebuah kereta jenis Perodua Viva yang dipandu seorang lelaki berusia 22 tahun dari arah bertentangan dipercayai membelok ke kanan untuk memasuki simpang ke Pasir Puteh.



“Insiden itu menyebabkan mangsa merempuh bahagian sisi kiri kereta berkenaan sebelum berpusing dan melanggar sebuah kren yang berada di tepi simpang Pasir Puteh ke Kuala Besut.

“Mangsa disahkan maut di lokasi kejadian manakala pemandu kereta itu tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Zaizul Rizal memberitahu, pemandu kereta tersebut ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh di sini dan ujian saringan air kencing mendapati lelaki itu negatif dadah.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kemalangan itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Sub Inspektor Jafri Ismail di talian 019-938 6224 untuk membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Bendung Inflasi: ‘Kalau rasa mahal elakkan beli’ – Menteri Ekonomi


Tikus jilat ayam goreng di Kedai Mamak, KKM minta maklumat lanjut [VIDEO]



 

Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker