KK Mart ke-3 diserang ‘molotov cocktail’

KK Mart ke-3 diserang ‘molotov cocktail’

Sebuah kedai KK Super Mart di Kuching, Sarawak dibaling ‘molotov cocktail’ semalam, kejadian ketiga membabitkan rangkaian kedai serbaneka tersebut.

Ketua Polis Kuching Ahsmon Bajah dalam satu kenyataan berkata polis menerima laporan kejadian itu daripada pekerja kedai berkenaan yang terletak di Jalan Satok.

“Kejadian itu menyebabkan kebakaran satu kotak air minuman yang diletakkan di hadapan kedai serbaneka berkenaan yang terbakar.

“Kebakaran itu dipercayai akibat dibaling botol kaca mengandungi minyak tanah dan kain berwarna kuning,” katanya.

Ahsmon berkata pihaknya sedang giat mencari suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda.

Beliau juga meminta kerjasama orang ramai untuk menyalurkan sebarang maklumat berhubung kejadian itu dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Ceremona Nasim di talian 013-8554168 atau datang ke balai polis berhampiran.

Sabtu lalu, bahagian pintu masuk sebuah cawangan KK Mart di Kuantan, Pahang rosak akibat terbakar dipercayai akibat dibaling “molotov cocktail”.

Polis berkata, kejadian itu menyebabkan empat rak jualan, termasuk barang jualan mengalami kerosakan akibat terkena percikan api, dengan kerugian dianggarkan berjumlah RM500.

Pada 26 Mac lalu, satu objek dipercayai bom petrol dilaporkan dibaling di satu cawangan kedai serbaneka KK Mart di Bidor, Perak.

Bagaimanapun, bom itu yang baling di hadapan kedai berkenaan tidak meletup.

KK Mart diselubungi kontroversi selepas beberapa gambar stoking tertera kalimah Allah yang ditemui di KK Mart Bandar Sunway tersebar di media sosial sekali gus mencetuskan kemarahan orang Islam dan desakan boikot oleh Pemuda Umno.

Syarikat itu sudah memohon maaf dan menyatakan kekesalan berhubung insiden tersebut.

Pengasas KK Mart dan isterinya, serta tiga pengarah syarikat yang mengedar stoking berkenaan juga telah didakwa di Mahkamah Sesyen berasingan di Shah Alam atas pertuduhan melukakan perasaan agama orang lain dengan menjual stoking tertera kalimah Allah.

Bagaimanapun, semua mereka mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan. FMT

KK Mart ke-3 diserang ‘molotov cocktail’

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Aliff Syukri padam video lagu raya lepas kena kecam teruk

Datuk Red mengaku ‘scammer’

Diva AA buat hal di Fiesta Raya Baling 2024

‘Saya dihubungi orang Israel 6 kali, mereka kata akan cari saya sampai dapat’ – Pemuda Palestin

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker