China Dakwa Jumpa Wabak COVID-19 Di Buah Durian

China Dakwa Jumpa Wabak COVID-19 Di Buah Durian

Pejabat Hal Ehwal Pertanian (OAA) Kedutaan Thailand di Beijing, China memaklumkan bahawa pihaknya telah mengesan virus COVID-19 di permukaan bungkusan durian yang diimport dari negara Thailand, lapor The Nation Thailand.

Kes yang berlaku di Pasar Haudongcheng di Ganzhou, timur China, dilaporkan minggu lalu dan OAA telah mengarahkan semua pihak yang terlibat dalam menangani paket tersebut untuk menjalani ujian saringan.

Meskipun diuji negatif, kesemua mereka diperintahkan untuk mengkuarantinkan diri sesuai dengan peraturan yang telah ditetapkan oleh kerajaan China.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Bungkusan durian, yang dipercayai memiliki wabak COVID-19, juga disimpan di tempat yang selamat, tetapi tidak ada maklumat lebih lanjut mengenai cara menyimpannya dan siapakah pihak yang bertanggungjawab menyimpan durian tersebut.

Sementara itu, OAA mengatakan bahawa bungkusan buah-buahan di beberapa kawasan lain di pasar telah disembur dengan cecair pembersih setelah kes itu dilaporkan.

OAA juga telah membincangkan perkara itu dengan Pentadbiran Umum Pabean China dan mengesahkan bahawa China tidak akan berhenti mengimport produk dari pembekal Thailand.

“Import durian dari pembekal Thailand tidak akan dihentikan kerana berdasarkan penyelidikan awal, kesan virus COVID-19 dijumpai di daerah setempat dan bukan di pusat pemeriksaan. Ini menunjukkan bahawa kemungkinan besar wabak dipindahkan dari pihak yang mengendalikan bungkusan itu ketika tiba di pasar,” kata pernyataan OAA. Vc

China Dakwa Jumpa Wabak COVID-19 Di Buah Durian

Ismail Sabri PM, Anwar TPM?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker