RMK12: Lebih RM2 bilion bantu perumahan rakyat miskin, bina 500,000 rumah mampu milik

RMK12: Lebih RM2 bilion bantu perumahan rakyat miskin, bina 500,000 rumah mampu milik

Putrajaya akan memperuntukkan RM2.25 bilion dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi menyediakan bantuan perumahan kepada rakyat miskin, kata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, peruntukan itu adalah untuk membina dan membaik pulih sebanyak 85,500 unit rumah bawah Program Bantuan Rumah, melibatkan 75,000 unit rumah di kawasan luar bandar dan hampir 10,500 unit rumah di kawasan bandar.

“Ini tidak termasuk pembinaan rumah yang dilaksanakan bawah kerajaan negeri, sektor korporat dan Pertubuhan Masyarakat Sivil (CSO),” katanya ketika membentangkan RMK12 di Dewan Rakyat.

Dalam pada itu, Ismail berkata sebanyak 500,000 unit lagi rumah mampu milik akan dibina dalam RMK12 bagi meningkatkan peluang kumpulan B40 dan M40 memiliki rumah.

“Di samping itu, kemudahan pembiayaan termasuk dana untuk rumah mampu milik, Skim Perumahan Belia dan ‘Program Rent-to-Own’ (RTO), akan ditambah baik bagi memastikan golongan B40 dan M40 tidak terbeban dengan bayaran ansuran,” katanya.

Katanya, kerajaan sudah membina lebih daripada 282,000 unit rumah mampu milik dalam tempoh RMK11. FMT

RMK12: Lebih RM2 bilion bantu perumahan rakyat miskin, bina 500,000 rumah mampu milik


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


China bertindak ‘buli’ Malaysia selepas TUDM buat latihan dengan AS

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker