Inspektor polis ditahan kes rogol, minta suapan dan habuan seks
Inspektor polis ditahan kes rogol, minta suapan dan habuan seks

SUNGAI PETANI: Seorang pegawai polis berpangkat inspektor ditahan selepas disyaki terbabit kes rogol, selain meminta suapan serta habuan seks.
Pegawai dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda berusia 29 tahun yang masih bujang itu ditahan selepas dua laporan berasingan dibuat terhadapnya pada 3 dan 4 Julai lalu, termasuk satu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
“Saya mengesahkan kes ini masih dalam siasatan… dalam kes pelanggaran disiplin, kita sedang jalankan siasatan bersama SPRM.
“Suspek kini direman empat hari bagi membantu siasatan dan selepas ini akan diserahkan kepada SPRM untuk siasatan pihak terbabit,” katanya di sini, hari ini.
Kes disiasat di bawah Seksyen 376(2)(f) Kanun Keseksaan.
Hanyan berkata, siasatan tertumpu dua kemungkinan sama ada pegawai itu menyalahgunakan kedudukan sebagai pegawai penyiasat untuk memaksa mangsa, atau adakah berlaku hubungan seksual yang tidak mendapat kerelaan.
“Kita syak pegawai berkenaan mungkin guna kuasa dan pengaruhnya untuk mendapatkan habuan seks daripada mangsa,” katanya.
Inspektor polis ditahan kes rogol, minta suapan dan habuan seks
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
- Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati
- Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.