Al Ahli juara Liga Juara-Juara Asia

Al Ahli juara Liga Juara-Juara Asia

Al Ahli juara Liga Juara-Juara Asia
AL AHLI juara Liga Juara-Juara Asia selepas tiga kali mencuba. -FOTO Reuters

Jeddah: Al Ahli dinobatkan sebagai juara Asia buat kali pertama pada percubaan ketiga selepas pasukan dari Arab Saudi itu menundukkan Kawasaki Frontale dari Jepun dengan keputusan 2-0 di Jeddah.

Kelab dari Jeddah itu, yang pernah muncul naib juara pada tahun 1986 dan 2012, meraih kemenangan di Stadium King Abdullah Sports City hasil dua jaringan dalam tempoh tujuh minit sebelum babak pertama tamat oleh pemain Brazil, Galeno, dan kapten Ivory Coast, Franck Kessie.

Peringkat akhir Liga Juara-Juara Asia semuanya berlangsung di Jeddah.

Dengan kemenangan itu, Roberto Firmino, Edouard Mendy dan Riyad Mahrez menjadi pemain pertama yang berjaya menjulang kedua-dua gelaran utama bola sepak kelab Asia dan Eropah.

Ketiga-tiga mereka pernah menjuarai Liga Juara-Juara (UCL) bersama Liverpool, Chelsea dan Manchester City.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apakah Akan Ada Pertandingan Jawatan Timbalan Presiden PKR?


“Sebaik sahaja kami tahu bahawa lapan pasukan terakhir akan beraksi di Jeddah, matlamat kami adalah untuk muncul juara di hadapan penyokong sendiri.

“Sejak saya tiba di sini 18 bulan lalu, mereka memberikan sokongan yang amat besar kepada kami.

“Seperti yang saya katakan ketika saya menandatangani kontrak di sini, saya datang untuk mencipta sejarah, untuk terus merangkul kejuaraan dan menjadikan kelab ini sehebat dulu.

“Rahsianya adalah kerjasama pasukan. Jika seseorang berusaha, ia akan memudahkan rakan di sebelahnya. Kami bermain dengan semangat itu; anda sendiri lihat semangat juang dan api yang menyala dalam pasukan,” kata penjaga gol Al Ahli, Edouard Mendy.

Al Ahli, yang dimiliki majoriti oleh Dana Pelaburan Awam Arab Saudi, menerima hadiah wang tunai sebanyak AS$10 juta (RM42.58 juta) selepas menjuarai kejohanan itu.

Pasukan bimbingan Matthias Jaissle itu menamatkan kempen dengan rekod tanpa kalah dalam kesemua 13 perlawanan.

Sementara itu, Frontale muncul finalis buat kali pertama selepas sebelum ini tidak pernah melepasi peringkat suku akhir.

Al Ahli juara Liga Juara-Juara Asia

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ayuh Malaysia, Kita Merajuk

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker