SPRM kenal pasti 2 lagi syarikat beri rasuah kepada pengurus projek
SPRM kenal pasti 2 lagi syarikat beri rasuah kepada pengurus projek
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenal pasti dua lagi syarikat yang memperoleh projek pusat data melalui pemberian rasuah kepada pengurus projek syarikat pembinaan yang ditahan baru-baru ini.
Menurut sumber, beberapa pengarah syarikat turut dikenal pasti dalam siasatan kes berkenaan.
“Beberapa pengarah syarikat berkenaan akan dipanggil untuk membantu siasatan,
“Siasatan juga mendapati suspek utama, iaitu pengurus projek, mengaku meminta sebanyak tiga peratus daripada nilai projek daripada mana-mana syarikat yang mahu mendapatkan projek daripada syarikat pembinaan terkemuka,” katanya di sini, hari ini
Menurutnya, perbuatan itu dilakukan dengan membocorkan harga tender projek selain membantu memastikan syarikat yang membayar rasuah memenangi tender berkenaan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya
- Apakah Kemasukan Semula KJ Mempunyai Tambah Nilai Kepada UMMO
- Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan
Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
“Wang rasuah ini dibayar secara berperingkat mengikut kemajuan pembayaran projek,
“Difahamkan masih terdapat beberapa juta ringgit yang belum dibayar oleh syarikat kepada suspek seperti dipersetujui dalam perjanjian mereka,” katanya.
Kelmarin, media melaporkan pengurus projek syarikat pembinaan itu sanggup membakar wang tunai hampir RM1 juta selepas dikejutkan dengan serbuan SPRM menerusi Op Ways, Khamis lalu.
Sumber dilaporkan berkata, ketika serbuan di rumahnya di Petaling Jaya, pasukan pegawai SPRM menemui wang kertas RM100 berjumlah hampir RM1 juta dalam keadaan sudah terbakar.
Hasil pemeriksaan menyeluruh di rumah suspek, SPRM menemui wang tunai kira-kira RM7.5 juta yang disimpan di dalam beberapa kotak bantal, tiga utas jam tangan jenama Rolex, Omega dan Cartier, selain barang kemas seperti cincin serta syiling emas.
Jumaat lalu, suspek bersama isteri serta dua pengarah syarikat ditahan dipercayai berkait kes rasuah membabitkan perolehan tender projek pembinaan pusat data di Johor bernilai kira-kira RM180 juta.
Pengurus projek itu direman tujuh hari, isterinya direman tiga hari, manakala dua lelaki bergelar pengarah syarikat direman lima hari.
SPRM kenal pasti 2 lagi syarikat beri rasuah kepada pengurus projek
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?
- Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
- Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman
You must be logged in to post a comment.