Ismail Sabri buat laporan polis, SKMM isu artikel fitnah kaitkan dirinya dengan serangan anak Rafizi

Ismail Sabri buat laporan polis, SKMM isu artikel fitnah kaitkan dirinya dengan serangan anak Rafizi

Ismail Sabri buat laporan polis, SKMM isu artikel fitnah kaitkan dirinya dengan serangan anak Rafizi
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. – Foto NSTP

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, membuat laporan polis berhubung fitnah mengaitkannya dengan kes serangan anak kepada bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli pada 13 Ogos lalu.

Beliau berkata laporan polis dibuat oleh Setiausaha Akhbarnya di Balai Polis Dang Wangi di sini, kelmarin.

Katanya, laporan polis itu juga membabitkan fitnah mendakwa beliau terbabit skandal membabitkan sebuah syarikat swasta, kedua-dua artikel berbaur fitnah itu dimuat naik menerusi sebuah akaun Facebook.

“Pada 18 Ogos 2025 (Isnin), Setiausaha Akhbar saya telah membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur.

“Laporan dibuat terhadap sebuah laman Facebook yang memuat naik dua artikel palsu serta fitnah mengaitkan saya dengan kejadian yang menimpa anak Datuk Seri Rafizi serta skandal membabitkan sebuah syarikat swasta.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman


“Satu laporan juga telah dibuat kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan Facebook supaya tindakan segera diambil terhadap laman serta pengendali atau pemiliknya,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ismail Sabri menegaskan keseluruhan kandungan artikel berkenaan adalah tidak benar serta berniat jahat untuk menjatuhkan reputasi dan nama baiknya.

“Saya mohon pihak berkuasa menjalankan siasatan terperinci dan mengambil tindakan tegas terhadap pemilik atau pengendali akaun Facebook ini serta mana-mana pihak yang menyebarkan artikel terbabit,” katanya.

Menurut beliau, tindakan undang-undang juga akan diambil oleh peguamnya.

Menerusi kenyataan sama, Ismai Sabri turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Rafizi atas penjelasan bahawa bahawa kes serangan itu tiada kaitan dengannya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah


Terdahulu, media hari ini melaporkan Rafizi menafikan pembabitan Ismail Sabri dan Khairy Jamaluddin dalam kes serangan terhadap anaknya di sebuah pusat beli-belah di Putrajaya, pada 13 Ogos lalu itu.

Rafizi dilaporkan berkata, tindakan mengaitkan bekas Perdana Menteri dan bekas Menteri Kesihatan itu adalah cubaan jahat mengalihkan perhatian.

Menurutnya, persoalan mengenai siapa dalang di sebalik serangan dan penghantar mesej yang memintanya berdiam mula timbul.

Malah, beliau juga pernah mengesahkan ada berjumpa dengan pemberi maklumat mengenai skandal yang sedang ditelitinya seminggu sebelum serangan itu berlaku.

Rafizi sebelum ini turut dilaporkan berkata beliau menolak kemungkinan serangan dibuat terhadap anak lelakinya disebabkan pertemuannya bersama satu kumpulan pendedah maklumat atau ‘whistleblower’ berkait sebuah skandal.

Ahli Parlimen Pandan itu mendakwa, ia juga cubaan untuk menutup mulutnya mengenai perkara berkenaan.

Beliau mendakwa seorang lelaki mengheret anaknya yang berusia 12 tahun dan mencucuk dengan jarum suntikan secara tiba-tiba ketika mahu memasuki kereta untuk meninggalkan pusat beli-belah itu pada 1.45 tengah hari.

Siasatan berhubung kes itu kini diambil alih oleh Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

Ismail Sabri buat laporan polis, SKMM isu artikel fitnah kaitkan dirinya dengan serangan anak Rafizi

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker