Pengantin sebak akad nikah sebelah jenazah bapa
Pengantin sebak akad nikah sebelah jenazah bapa

JAKARTA – Sebuah majlis pernikahan di Banjarmasin, wilayah Kalimantan Selatan diadakan dalam suasana pilu apabila jenazah bapa pengantin lelaki diletakkan bersebelahan meja akad nikah, lapor laman berita Lambe Turah semalam.
Keadaan itu berlaku selepas arwah meninggal dunia hanya beberapa jam sebelum majlis berlangsung.
Dalam video yang dikongsikan di laman sosial, majlis akad nikah anak perempuan Rektor Universiti Lambung Mangkurat (ULM) itu diadakan pada Ahad lalu.
Namun, bapa pengantin lelaki meninggal dunia pada pukul 4 pagi (waktu tempatan), tiga jam sebelum majlis akad nikah dijadualkan berlangsung.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati
- Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
- Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
Disebabkan semua persiapan sudah disiapkan dan seluruh ahli keluarga telah berkumpul, majlis tetap diteruskan, namun dalam suasana pilu.
Pengantin lelaki, Muhammad Rifqi, dilihat melafazkan ijab kabul sambil menahan sebak di sebelah jenazah bapanya.
Majlis berlangsung dengan lancar meskipun pasangan pengantin serta tetamu sukar mengawal kesedihan mereka.
Video itu menjadi tular, dengan pengguna media sosial melahirkan rasa simpati serta berharap agar pasangan tersebut diberikan ketabahan serta rumah tangga yang harmoni. – AGENSI
Pengantin sebak akad nikah sebelah jenazah bapa
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati
- Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
- Payung Besar Mahathir Untuk Siapa Sebenarnya
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
You must be logged in to post a comment.