Dua pekerja ladang maut dihempap pikap
Dua pekerja ladang maut dihempap pikap

KUALA LIPIS: Dua lelaki warga Bangladesh maut selepas pikap dinaiki terbalik dan menghempap mereka di jalan ladang di Kampung Gahai, di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Ismail Man, berkata nahas berlaku kira-kira jam 3:30 petang ketika kenderaan itu dalam perjalanan dari Ladang Agropolitan Gahai ke rumah kongsi pekerja ladang di Tanjung Gahai.
Beliau berkata, kejadian berlaku ketika kenderaan dipandu lelaki tempatan itu membawa enam lelaki warga Bangladesh.
“Siasatan mendapati, ketika melalui laluan selekoh dan berbukit, kenderaan terbabit dipercayai hilang kawalan lalu terbabas dan terbalik.
Ismail berkata, mangsa yang terbunuh dikenali Md Shamim Reza, 24, dan Tuhin Ali, 26.
“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lipis untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara cuai dan menyebabkan kemalangan maut,” katanya.
Dua pekerja ladang maut dihempap pikap
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Kuasa Raja Raja Melayu Akan Terus Di Cabar Di Mahkamah?
- Mampukah Slogan Saya Anti Buli Menoktahkan Jenayah Buli Di Sekolah?
- Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Jangan Sampai Keadilan Untuk Zara Qairina Menjadi Pencetus Kemarahan Rakyat Seperti Di Indonesia
You must be logged in to post a comment.