Pemilik selamat, kereta terbakar hampir 90 peratus

Pemilik selamat, kereta terbakar hampir 90 peratus

Pemilik selamat, kereta terbakar hampir 90 peratus
Tangkap layar rakaman video kejadian kereta terbakar di Jambatan Kuala Selangor yang tular dalam media sosial. – Foto MEDIA SOSIAL

Kuala Selangor: Pengguna jalan raya yang melalui Jalan Kuala Selangor-Teluk Intan, dekat Jambatan Kuala Selangor, di sini dikejutkan selepas sebuah kereta terbakar hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 1.44 petang.

Beliau berkata, sepasukan lima anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Selangor dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Menurut laporan awal, kebakaran membabitkan sebuah kereta Perodua Kelisa dan kemusnahan akibat kejadian itu dianggarkan 90 peratus,” katanya ketika dihubungi.

Ahmad Mukhlis berkata, seorang mangsa dilaporkan selamat dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

Pemilik selamat, kereta terbakar hampir 90 peratus

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker