12 rumah kedai musnah terbakar di Semerah

12 rumah kedai musnah terbakar di Semerah

12 rumah kedai musnah terbakar di Semerah
Gambar hiasan.

BATU PAHAT: Sekurang-kurangnya 12 daripada 15 rumah kedai berusia lebih 40 tahun musnah dalam kebakaran di Pekan Semerah di sini, petang tadi.

Kebakaran dipercayai berlaku pada jam 7 petang menyebabkan puluhan penghuni tinggal sehelai sepinggang selepas gagal menyelamatkan barang berharga.

Difahamkan, api bermula dari kedai jahit sebelum merebak dengan pantas dan menyambar beberapa lagi kedai bersebelahannya.

Hanya dalam tempoh 10 minit, api marak dengan cepat berikutan kesemua rumah kedai diperbuat daripada kayu sepenuhnya.

Difahamkan, ketika kejadian kebanyakan kedai masih beroperasi dan lazimnya ditutup pada jam 8 malam.

Kebakaran itu juga menyebabkan laluan kedua-dua arah untuk ke Batu Pahat atau Muar ditutup bagi membolehkan bomba menjalankan operasi memadam kebakaran.

Dalam pada itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Batu Pahat, Penolong Penguasa Ayub Majid, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 7.02 petang.

Katanya, seramai 20 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Pahat dan Penggaram ke lokasi sebaik dimaklumkan mengenai kejadian itu.

“Operasi pemadaman masih dijalankan. Kebakaran membabitkan beberapa kedai dua tingkat yang diperbuat daripada kayu,” katanya.

12 rumah kedai musnah terbakar di Semerah


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apakah Ada Sinar Untuk DS Najib Pada 13 Ogos Ini?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker