Ular tedung senduk tumpang di dapur
Ular tedung senduk tumpang di dapur
SIK: Bunyi dengusan di sebalik peralatan memasak di belakang almari mengundang cemas sebuah keluarga di Kampung Chong, di sini, malam tadi sebaik menyedari kehadiran ular tedung senduk ketika hendak menikmati makan malam.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sik, Penolong Penguasa Bomba Zulkhairi Mat Tanjil berkata, keluarga terbabit kemudian menghubungi pihaknya untuk membantu menangkap ular berkenaan.
Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 10.05 malam dan sepasukan anggotanya yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II, Sam Khan Prak Prem Keu bersama enam anggota tiba di lokasi kejadian.
“Sebaik tiba di lokasi, reptilia itu didapati masih berada di situ dan anggota kami melakukan operasi dengan berhati-hati kerana ular itu cuba menyembur bisanya. Ular tedung senduk itu juga bertindak agresif ketika anggota kami hendak menangkapnya.
“Bagaimanapun reptilia itu akhirnya berjaya ditangkap menggunakan penjerut yang mengambil masa kira-kira lima minit.
“Reptilia ini bisanya mencari tempat sejuk seperti bilik air, alang rumah, rak dapur, bilik tidur, bawah katil dan bawah kusyen untuk berlindung,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Zulkhairi berkata, ular tedung senduk sepanjang 1.5 meter itu adalah spesies yang berbahaya dan jika terkena patukannya boleh mengundang maut.
Beliau menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati ketika cuaca panas pada waktu ini kerana ia mengundang kehadiran ular untuk ‘menumpang’ di rumah penduduk. BH
Ular tedung senduk tumpang di dapur
Baca Artikel Menarik:
- RTM rehatkan Don Daniyal
- OKU dicederakan pengiring TMJ dirakam keterangan di Bukit Aman
- Mahkamah benar Najib, Wan Rosdy fail afidavit
- Lelaki larikan kereta dan warga emas di stesen minyak ditahan
- Pyan Habib dalam kenangan
- Itu rumah saya, bukan surau – pemilik Kg Sri Makmur lapor polis kenyataan PTD Gombak
- Suami BCL seleweng dana syarikat
- Penyamun larikan kereta bersama warga emas dirakam CCTV [VIDEO]
- https://mykmu.net/2024/06/04/keluarga-melayu-islam-makan-babi-kerana-kesilapan-penghantar-makanan/
- ‘Saya nak papa, mama’ – Anak sulung pasangan suami isteri maut undang sebak [VIDEO]
- ‘Kami tidak keluar Bersatu, hanya mahu peruntukan kerajaan’ – MP Bersatu
- Cliff Umar akhirnya bersuara selepas kantoi
- Polis sahkan menembak mati 2 lelaki di RnR Tanjung Malim
- Filipina sedia berperang jika rakyatnya dibunuh di laut China Selatan
- Ibu bapa Zayn Rayyan kini disyaki suspek pembunuhan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Biadab dan kurang ajar, video pemandu e-hailing burukkan Islam depan pelancong tersebar [VIDEO]
You must be logged in to post a comment.