Jangan jadi perosak agenda PM
Jangan jadi perosak agenda PM
‘Bincang secara elok’, itu peringatan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila menjawab soalan mengenai kontroversi terbaharu dicetuskan Naib Presiden DAP, Teresa Kok ketika mengulas cadangan mewajibkan restoran dan syarikat makanan memiliki sijil halal, didakwanya akan menambah kesukaran operasi perniagaan dan beban kepada perniagaan kecil.
Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) turut menasihati mana-mana pemimpin politik untuk mengemukakan sebarang cadangan atau kebimbangan mengenai sesuatu perkara dalam mesyuarat supaya perkara seumpama itu boleh diteliti secara menyeluruh.
Apa yang beliau suarakan amat tepat, jelas dan sepatutnya menjadi pegangan kepada semua pihak terutama pemimpin politik apatah lagi dari parti kerajaan dan tidak terkecuali pembangkang. Mana-mana pemimpin politik, kerajaan atau pembangkang sepatutnya faham dan matang apabila mahu mengeluarkan kenyataan menyentuh isu serta sensitiviti agama dan kaum.
Dalam kontroversi terbaharu ini, walaupun apa yang mahu dinyatakan Teresa mungkin merujuk kepada peniaga di kawasan majoriti bukan Islam, namun apabila kenyataan itu dibuat secara terbuka dan menyentuh sensitiviti masyarakat Islam, ia tetap mengguris hati umat Islam.
Kadang-kadang, dek sudah terbiasa mengeluarkan kenyataan dan pandangan secara lantang sebelum ini terutama ketika menjadi pembangkang, ia akhirnya terbawa-bawa sehingga sudah menjadi sebahagian daripada parti kerajaan. Walau alasan dibangkitkan adalah demi kepentingan rakyat, namun perlu diingat ada juga sensitiviti kelompok rakyat lain perlu dihormati.
Atas faktor ini, pendekatan perundingan dan perbincangan dalaman pernah menjadi amalan lazim pemimpin politik serta anggota Jemaah Menteri sebelum ini wajar diamalkan bagi mengelakkan kontroversi serta mencetuskan rasa tidak senang masyarakat terutama umat Islam.
Ia penting bagi mengekalkan keharmonian dan semangat kekitaan masyarakat kerana kadang-kadang disebabkan kegagalan pemimpin atasan menjaga mulut ini menyebabkan ketenangan negara berkocak, akhirnya menggugat kestabilan negara dan perpaduan kaum.
Sudah terlalu banyak pengalaman dan kontroversi membabitkan kaum serta agama tercetus sebelum ini akibat ada sekerat dua orang politik mempunyai sindrom ‘terlepas cakap’ atau tidak pandai menyusun bicara serta mengawal emosi sehingga menyebabkan Perdana Menteri terpaksa meredakan keadaan bagi mengelak kontroversi berpanjangan.
Ketika kerajaan berusaha separuh mati mewujudkan suasana ‘feel good’ dalam negara, politik negara kembali stabil dan ekonomi semakin mengukuh, pemimpin politik sepatutnya berperanan aktif sebagai ejen pendamai dan menjadi ‘ubat penenang’ kepada rakyat supaya tidak terperangkap dengan isu menyentuh sensitiviti agama dan kaum.
Usah dibebani lagi rakyat dengan isu sensitif agama, kaum dan Raja (3R), sebaliknya pemimpin politik perlu menumpukan usaha dan tenaga membantu kerajaan menjayakan pelbagai dasar serta agenda kontemporari demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara. BH
Jangan jadi perosak agenda PM
Baca Artikel Menarik:
- Kerabat Pahang didakwa serang penambak jalan dengan pisau, pistol
- Saya pertahankan diri selama 3 jam – Alias Awang
- Kerabat Pahang terlibat jenayah tidak akan dilindungi – Tengku Mahkota Pahang
- Apa sudah jadi dengan Kedah?
- PAS jangan sibuk hal UMNO – Tengku Adnan
- Pujian Hassan terhadap Ismail ibarat kritik Anwar
- Jijik dan benci dengan bapa, tak mahu jumpa dia lagi
- Ini ikan tenggiri?, soal Asyraf
- Saya sudah penat mengenai Sol – Yusof Haslam
- Ribuan ikan terdampar dikaitkan gempa bumi mega
- Kim Jong-un hukum mati 30 pegawai gagal cegah banjir
- ABPBH36: Jangan undi saya – Shila Amzah
- Polis trafik dirempuh mat rempit hilang ingatan
- Saham YTL, YTL Power jatuh susulan siasatan SPRM
- Nota Diplomatik bocor: ATM perlu bersiap sedia – Khaled
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Puji betul-betul, jangan nak sakitkan hati saja
You must be logged in to post a comment.