Pelajar sunting, jual imej lucah: Pengetua sekolah di Kulai letak jawatan
Pelajar sunting, jual imej lucah: Pengetua sekolah di Kulai letak jawatan
KULAI: Pengetua sebuah sekolah menengah yang dikaitkan kes foto lucah palsu wanita yang menyaksikan dua pelajar ditahan, meletakkan jawatan susulan isu terbabit.
Berdasarkan maklumat, surat peletakan jawatan dikemukakan pada 12 April lalu sebelum ia diterima pihak Lembaga Pengarah sekolah dalam satu mesyuarat semalam.
Melalui satu kenyataan dimuat naik di laman rasmi sekolah, pihak lembaga memaklumkan selepas perbincangan teliti, barisan pengarah sebulat suara memutuskan untuk menghormati peletakan jawatan itu.
Skandal mula tercetus awal bulan ini apabila beberapa pelajar perempuan termasuk bekas pelajar, mendakwa seorang pelajar lelaki menyunting foto mereka secara digital menjadi imej lucah.
Semua imej kemudiannya dipercayai diedarkan melalui satu kumpulan sembang untuk tujuan keuntungan.
Mereka yang menjadi mangsa mendakwa pihak sekolah pada awalnya hanya mengambil tindakan ringan terhadap pelaku, menyebabkan rasa tidak puas hati dan kebimbangan dalam kalangan pelajar dan ibu bapa.
Terkini polis menahan dua suspek berhubung kes itu membabitkan seorang remaja lelaki berusia 16 tahun yang dipercayai dalang utama, serta rakan subahat berusia 19 tahun.
Pihak lembaga sekolah pada 10 April lalu turut mengesahkan pelajar bertanggungjawab sudah pun dibuang sekolah, dengan pihak Lembaga Pengarah mengakui kelemahan dalam tindakan awal dan berikrar menyediakan persekitaran pembelajaran yang selamat.
Pelajar sunting, jual imej lucah: Pengetua sekolah di Kulai letak jawatan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Cubaan Melucut Hak Milik UMNO Ke Atas PWTC Gagal
- Tragedi Letupan Putra Heights: KUSEL Dan MBSJ Di Serbu Audit
- Benarkah Melayu Sedang Terbangsat Di Bumi Sendiri
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Persamaan Antara Makcik Maimun, Pakcik Hamid Dan Uncle Tommy
You must be logged in to post a comment.