Arsenal sambar Kepa dari Chelsea
Arsenal sambar Kepa dari Chelsea

London: Arsenal memperkuatkan posisi penjaga gol dengan mendapatkan khidmat Kepa Arrizabalaga dari Chelsea menerusi yuran perpindahan dilaporkan bernilai £5 juta (RM28.7 juta).
Penjaga gol berusia 30 tahun dari Sepanyol itu masih memegang rekod sebagai penjaga gol termahal dalam sejarah selepas perpindahannya bernilai £71 juta (RM408.7 juta) dari Athletic Bilbao ke Chelsea pada 2018.
Namun, Kepa gagal memenuhi jangkaan berdasarkan nilai perpindahannya apabila semakin tersisih di Stamford Bridge sebelum dipinjamkan ke Real Madrid dan Bournemouth dalam dua musim terakhir.
Di Arsenal, Kepa dijangka berperanan sebagai penjaga gol kedua di belakang penjaga gawang utama, David Raya.
The Gunners dilaporkan sudah mengaktifkan klausa pembelian £5 juta dalam kontrak Kepa bersama Chelsea yang ditandatangani tahun lalu.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Kemasukan Semula KJ Mempunyai Tambah Nilai Kepada UMMO
- Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan
- Game Over Kepada Ahmad Terrirudin
“Saya rasa kami semakin hampir untuk menang dan semoga bersama-sama, kami mampu mencapainya,” kata Kepa dalam kenyataan dikeluarkan Arsenal.
Pemain antarabangsa Sepanyol itu menjadi pemain pertama yang ditandatangani Arsenal dalam jendela perpindahan kali ini.
Martin Zubimendi dari Real Sociedad juga dilaporkan semakin hampir untuk menyertai kelab London itu, manakala rundingan dengan kapten Brentford, Christian Norgaard, berada di peringkat akhir.
“Kami sangat gembira dengan kehadiran Kepa. Dia membawa banyak pengalaman yang akan dimanfaatkan oleh rakan sepasukannya dan dia juga mempunyai semangat tinggi untuk menang.
“Kepa seorang yang rajin dan akan meningkatkan tahap pasukan. Saya tahu dia akan mudah menyesuaikan diri kerana sudah mengenali beberapa pemain kami, dan kami amat teruja dengan masa depannya bersama Arsenal,” kata Arteta.
Arsenal sambar Kepa dari Chelsea
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rupanya Gencatan Senjata Yang Di Umumkan Trumph Hanya Syok Sendiri
- Apa Lagi Yang Rafizi Tak Puas Hati
- Pengajaran Penting Kepada Malaysia Dari Perang Di Timur Tengah
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.