Bayar sarapan guna duit lukis sendiri
Bayar sarapan guna duit lukis sendiri

JAKARTA – Seorang lelaki di Indonesia mengundang perhatian ramai apabila membeli sarapan di sebuah warung menggunakan wang kertas yang dilukisnya sendiri, lapor portal berita Lambe Turah semalam.
Rakaman video kejadian di platform Instagram oleh akaun @ingsuntejo menunjukkan lelaki terbabit mengambil dua makanan yang dibungkus dengan kertas kalis minyak.
Dia kemudian menyerahkan sekeping ‘wang’ bernominasi 20,000 rupiah (RM5.20) sebelum beredar.
Meskipun dibayar dengan kertas lukisan, pemilik warung tersebut tetap ikhlas kerana lelaki tersebut dipercayai mengalami masalah mental.
Rakaman itu mencatatkan lebih 4.2 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial.
“Amalan itu akan menyelamatkan anda (pemilik warung berkenaan) di akhirat. Semoga rezekinya dipermudahkan,” kata seorang netizen.
“Janji dia tetap ada keinginan untuk membayar,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI
Bayar sarapan guna duit lukis sendiri
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Lagi Yang Tengku Maimun Cuba Buktikan
- Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?
- Menuduh 160 Ketua UMNO Bahagian Biadab Adalah Sangat Tidak Beretika
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.