COVID-19: Masih ‘terlalu awal’ isytihar kemenangan – WHO
GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam, memaklumkan masih terlalu awal untuk negara mengisytihar kemenangan ke atas COVID-19 atau menyerah kalah kepada usaha menghentikan penularan wabak itu.
“Adalah terlalu awal untuk mana-mana negara menyerah kalah atau mengisytihar kemenangan.
“Virus ini berbahaya dan akan terus membiak di depan mata,” kata Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus kepada wartawan.
Beliau berkata demikian ketika mengulas keputusan Denmark dan Norway, negara Kesatuan Eropah (EU) pertama menarik balik semula sekatan domestik COVID-19 walaupun terdapat bilangan tinggi COVID-19 disebabkan varian Omicron yang walaupun lebih bergejala ringan, di samping beberapa negara sedang mempertimbang langkah sama.
“Kita bimbang naratif yang berlaku di beberapa negara disebabkan vaksin dan kadar kebolehjangkitan tinggi Omicron serta kadar keterukan yang rendah tidak lagi mungkin mencegah penularan hingga tidak diperlukan.
“Tiada apa yang lebih jauh membimbangkan melainkan berdepan perkara sebenar,” katanya sambil menekankan kadar kebolehjangkitan yang tinggi bermakna lebih banyak kematian.
Ketua agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa (PBB) itu menegaskan, sejak Omicron pertama kali dikesan di selatan Afrika kira-kira 10 minggu lalu, hampir 90 juta kes COVID-19 dilaporkan kepada WHO, angka yang lebih tinggi daripada sepanjang 2020.
Meskipun varian COVID-19 baharu itu diketahui mempunyai gejala lebih ringan, beliau menekankan, keadaan sekarang kini sudah memperlihatkan peningkatan bilangan kematian yang sangat membimbangkan di kebanyakan wilayah di dunia.
Sejak COVID-19 pertama kali dikesan di Wuhan, China pada akhir 2019, lebih 373 juta kes jangkitan disahkan dengan hampir 5.7 juta kematian direkodkan kepada WHO, tetapi jumlah sebenar dipercayai jauh lebih tinggi.
Pada minggu lalu, lebih 22 juta kes COVID-19 dan lebih 60,000 kematian dilaporkan di seluruh dunia – AFP
Baca Artikel Menarik:
- Dia nak mengurat siapa, itu hak dia, saya tidak lagi berstatus isterinya – Nadia Brian
- Kura-kura terhempas kerana pujian – Shabery
- Fitnah PM: SetPol buat laporan polis
- Tomok terima royalti RM19.06 untuk 7 tahun
- PN dicabar letak Muhyiddin sebagai ‘poster boy’ di Johor
- Isu saham Azam Baki, pemberi maklumat dipanggil ke Bukit Aman
- PH ubah peraturan hutang, Najib tegur Pua ‘beremosi’
- Digelar itik patah kaki? PAS boleh ‘pergi lebih jauh’ – Azan
- Bagaimana TMJ boleh tahu cerita dalam kelambu?
- Sekolah Cina tolak 1,208 guru BM KPM, diganti calon ‘walk in’?
- Ini sebab mengapa Anwar elak menggunakan logo PH dalam PRN Johor
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pelakon Mak Wan Latah Menikah Lagi, Kali Ini Pindah Ikut Suami Ke Kuala Pilah
Luna Maya Terkedu Ditanya Soalan Panas, “Awak Pernah Buat Jahat Dalam Kereta Tak?
You must be logged in to post a comment.