Nenek rugi RM13,000 terjerat ‘love, parcel scam’

Seorang wanita warga emas di sebuah Felda di sini kerugian RM13,000 selepas menjadi mangsa ‘love scam’ dan ‘parcel scam’.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, siasatan awal mendapati mangsa berusia 61 tahun itu merupakan ibu tunggal terpedaya dalam sindiket ‘love scam’ setelah berkenalan dengan seorang lelaki didakwa dari London.

“Mereka berkomunikasi melalui aplikasi Whatsapp bermula awal Oktober lalu selain suspek bertindak menabur janji manis kepada mangsa.

“Suspek kemudiannya memberitahu mangsa mahu menghantar bungkusan sebagai tanda perkenalan malah mahu menjalinkan hubungan serius,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Ujarnya, susulan itu pada 26 Oktober lalu suspek memberitahu mangsa akan memberi pakej hadiah dan wang tunai AS$50,000 sebagai tanda perkenalan.

“Mangsa seterusnya menerima satu pesanan mesej melalui Whatsapp dari nombor tidak diketahui memaklumkan kiriman barang sudah sampai di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) namun barang berkenaan dirampas oleh kastam.

“Mangsa dimaklumkan supaya membayar kepada ejen dan Kastam bagi melepaskan barang berkenaan.

“Disebabkan teruja, mangsa telah membuat beberapa kali pindahan wang kedalam satu akaun bank milik individu lain dari 30 Oktober sehingga 10 November lalu di sebuah bank di Bahau,” katanya

Chang Hook berkata, pada 11 November, mangsa sekali lagi diminta membuat pembayaran berjumlah RM10,000 tetapi dia tidak berbuat demikian kerana berasa ditipu.

“Mangsa bertindak membuat laporan polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kriteria pemilihan tentera Al-Qassam

PU Syed tegur usahawan sensasi isu solat lepas subuh

Perebutan kuasa bakal berlaku di dalam Bersatu

Sikap ‘Humble’ Siti Nurhaliza, didedahkan Asyraf Khalid

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker