Goblok berkempen untuk DAP! MCA ada maruah dan harga diri – Wee Ka Siong

Selepas dipersenda, dimaki hamun dan diperkecilkan, tidak mungkin MCA membalas budi dengan berkempen membantu calon PH semasa pilihan raya di Kuala Kubu Bharu nanti.

Presiden MCA Wee Ka Siong berkata pihak yang ingin melihat mereka turun berkempen nanti perlu tahu bahawa ahli partinya juga mempunyai maruah dan harga diri.

DAP juga, katanya, tersilap apabila mengharapkan MCA dapat melupakan segala kata-kata cacian yang dilemparkan oleh parti kepada mereka sebelum ini, dan turun padang membantu memenangkan calon parti kerajaan pada 11 Mei nanti.

Selepas seronok mengecam dan memaki hamun MCA, kata Wee, tidak sepatutnya DAP mengharapkan kempen mereka dibantu oleh parti berkenaan.

“Apabila ahli parti saya terguris dengan kata-kata penghinaan pemimpin DAP, adakah saya selaku Presiden MCA hanya berdiam diri sahaja?” kata Wee dalam kenyataan melalui video di TikTok hari ini.

Bekas anggota kabinet itu berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Setiausaha Agung DAP Nga Kor Ming yang meminta MCA membalas budi dan jasa PH memenangkan calon BN dalam PRK Pelangai tahun lalu.

Kata Nga, dalam PRN berkenaan DAP berhempas-pulas berkempen di kawasan pengundi Cina untuk mengajak mereka agar memilih calon Umno.

Harap semua pihak faham

Hasil gerak kerja tersebut, kata Nga, 98 peratus pengundi Cina menyokong calon BN dan mengalahkan pencabar dari PN.

Justeru kata Nga, DAP mengharapkan semangat yang sama ditonjolkan oleh MCA di Kuala Kubu Bharu.

Sebelum ini, Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan menafikan wujudnya sebarang isu boikot apabila MCA dan MIC memutuskan untuk tidak terbabit dalam kempen di Kuala Kubu Bharu.

Hal itu kerana mereka berpendirian gerak kerja akan dilaksanakan jika calon yang dipilih untuk sesuatu pilihan raya datang dari BN.

Kata Wee sehingga kini pun – ketika BN menjadi sebahagian daripada kerajaan bersama PH – MCA tetap menjadi sasaran kecaman DAP, termasuk oleh setiausaha agungnya, Anthony Loke.

Dalam keadaan begitu, kata Wee, sebagai pemimpin dia tidak boleh bersabar.

“Manusia ada perasaan dan maruah. Begitu juga dengan ahli MCA ada perasaan dan harga diri,” katanya.

Untuk memahamkan lagi situasi dihadapi MCA, Wee berkata, DAP boleh membayangkan jika mereka dimaki hamun, dicaci dan dihina, apakah perasaan mereka sebagai individu yang bermaruah.

“Takkan nak minta MCA membalas budi DAP atas ‘jasa’ mereka mencaci parti saya ?

“Kata orang Jawa, goblok ni. Fikirkanlah brother…” katanya.

Ahli Parlimen Ayer Hitam itu juga menjelaskan isu sekarang bukanlah MCA perlu berjiwa besar atau tidak, sebaliknya melibatkan prinsip dan maruah parti yang dipertahankannya.

“Harap-harap semua faham ya. Selamat berkempen, selamat bertanding. Buatlah apa yang patut,” katanya lagi.

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sheriff pecah rekod, sailang Mat Kilau

Aliff Aziz dengan Sarah Yasmine pulak?

‘Anak ikan’ resah

Sebab Syasya tinggalkan Dolla

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker