Tahap menjadikan hati istiqomah takwa kepada Allah S.W.T.

Tahap menjadikan hati istiqomah takwa kepada Allah S.W.T.

Alhamdulillah, selesai juga kita menempuhi bulan Ramadhan. Semoga yang baik kita rapatkan dan yang jauh kita dekatkan. Begitulah hati kita dan amalan kita. Sentiasa terus beristiqomah walau apa jua keadaan. Janganlah kita bersikap “tin kosong” setelah kita melalui bulan yang mulia.

Memenuhi setiap penjuru masjid, memaafkan setiap perlakuan dan bersikap hati terbuka tetapi apabila berlalu “bulan rahmat” kita lupa tentang segalanya. Selalulah kita murnikan jiwa kita dengan ketakwaan dan ilmu yang bermanfaat. Cuma sebahagian daripada diri kita gagal. Gagal bukan bermakna tidak berjaya tetapi gagal kerana kita tidak beristiqomah di bulan-bulan lain.

Apakah puncanya? Tepuk dada tanyalah iman. Bukankah kita sudah mendidik diri dengan cara dan amalan yang baik di sepanjang bulan mulia yang lalu. Akan tetapi sayangnya kita masih dibelenggu dengan “buaian dunia”. Adakah kerana mentaliti masyarakat kita yang hanya tahu menghormati bulan-bulan seperti itu sahaja?

Mana perginya “penyucian jiwa” kita selama ini kepada Pencipta? Sedangkan kita telah mendidik nafsu dan diri kita sendiri supaya tunduk dan patuh dengan arahan Tuhan Yang Maha Esa di bulan-bulan mulia. Dengan mengikuti suruhan Nya yang mengajak “Amar makruf, nahi mungkar”.

Dengan pengabdian diri seperti itulah jiwa kita terhadap manusia dan Pencipta diibaratkan “Yang jauh jadi dekat, Yang renggang jadi rapat, Yang bersengketa menjadi damai” dan akhirnya kita telah membentuk sahsiah diri serta memantapkan iman. Firman Allah:

“Sesungguhnya berjayalah mereka yang menyucikan jiwanya, dan binasalah mereka yang mengotorinya” (as-Syams: 9-10).

Fahami tazkiyah atau penyucian jiwa

Hati kita ibarat cermin. Hati kita mudah berbolak balik. Sebab itu, kita diminta berdoa untuk ditetapkan hati, “Ya Muqallibal Qulub, Sabit Qalbi’ alaa Dinika (wahai Zat yang membolak balikkan hati, tetapkan hatiku di atas agama-Mu”.

Kita tidak dapat mentafsirkan hati kita tetapi kita dapat lihat bagaimana ia dibentuk melalui cara kita bertakwa dan beramal dengan ajaran Islam itu sendiri. Tazkiyah an-nas pada prinsipnya adalah usaha membersihkan jiwa daripada kemusyrikkan dan cabang-cabangnya, merealisasikan kesuciannya dengan tauhid dan cabang-cabangnya merupakan teras kepada konsep “pemurniaan jiwa”.

Dengan jalan tersebut, maka manusia dapat menwujudkan keamanan dan memikul amanah yang dipertanggungjawabkan iaitu wujudnya pengabdian diri kepada Allah lalu keadaan manusia itu menjadi lebih bermakna dan mendapat rahmat dari-Nya mengikut fitrah manusia itu sendiri. Seperti yang disabdakan oleh Rasullulah s.a.w.

“Orang-orang Mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik ahklaknya”.

Justeru itu terdapat 8 tahap tazkiyah (penyucian jiwa) yang boleh dijadikan panduan bagi mencapai ketakwaan kepada Allah sebagaimana yang dikemukakan oleh Syeikh Sa’id Hawwa’ iaitu:

Pertama: Sesungguhnya penyebab timbulnya kotoran hati dan jiwa adalah kemusyrikkan yang berlaku. Antaranya berasa bangga diri, bersikap angkuh, dengki, dan ketaatan kepada para taghut

Kedua: Hati dan jiwa manusia berada dalam keadaan kemunafikan, kekufuran, kefasikan, bid’ah, kelalaian, kejahilan dan maksiat

Ketiga: Jiwa manusia dipenuhi dengan dengan syahwat sama ada bersifat inderawi (nafsu keinginan seperti seks dan makan) mahupun maknawi (nasfu kehendak antaranya cinta, ingin terkenal dan dendam)

Keempat: Hati dan jiwa manusia ditimpa pelbagai penyakit lalu menderita antaranya penyakit sombong, riak, terpedaya dan curang

Kelima: Jiwa juga boleh dipengaruhi oleh lingkungan indoktrinasi, lintasan fikiran dan wujud sifat was-was sehingga menuruti perintah syaitan dan kadang-kadang mengikut ajaran sesat

Keenam: Manusia kembali pada kehidupan fitrahnya iaitu ingin merealisasikan jiwa sebagai seorang hamba yang taat kepada Penciptanya seperti bertaubat, sabar, bersyukur, takut dengan azab Nya dan mengharap segalanya daripada Allah

Ketujuh: Manusia yang ingin mencontohi ahklak berdasarkan nama-nama Allah S.W.T. seperti ar-Rahman (pemurah) dan ar-Rahim (penyayang) tetapi tidak menyesatkan diri dengan penggunaan konsep tersebut

Kelapan: Manusia yang ingin meneladani sifat Rasulullah s.a.w. dari awal hingga akhirnya. Ini merupakan tahap sifat paling tertinggi mahkluk dan sempurna seperti yang didapati daripada para nabi dan rasul a.s. khususnya pemimpin dan penutup silsilah kenabiaan, Rasullulah s.a.w. Tazkiyyah seperti ini tidak akan tercapai tanpa meneladani Baginda s.a.w. pada ilmu, iman, amal, dan rohaniah Baginda seperti khusyu’, tawakal dan sifatnya.

Kesemua ini merupakan tahap penyucian jiwa yang mana jika kita dapat menghindari sifat-sifat buruk yang disebut dan mengamalkan sifat-sifat baik, insya Allah dapat mendidik jiwa untuk terus istiqomah bertakwa kepada Allah dalam setiap masa tanpa mengira sama ada di bulan mulia atau di bulan-bulan yang lain jua. Wallahu a’lam Utv

Tahap menjadikan hati istiqomah takwa kepada Allah S.W.T.

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sheriff pecah rekod, sailang Mat Kilau

Aliff Aziz dengan Sarah Yasmine pulak?

‘Anak ikan’ resah

Sebab Syasya tinggalkan Dolla

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker