Misya Mazlan nafi kini mesra bersama Marissa Dania Hakim

MISYA mendakwa hubungannya bersama madunya, Marissa tidak semanis seperti dalam gambar.

Tampil menjelaskan situasi sebenar di sebalik video ‘boomerang’ mesra bersama madunya, Marissa Dania Hakim, pempengaruh media sosial, Misya Mazlan mendedahkan video tersebut dirakam sebelum kemelut mereka tular dalam media sosial.

Ujar Misya, selepas kisah mereka menjadi perhatian umum, keadaan mula berubah apabila berlaku sedikit perbalahan sehingga mereka memilih membuat hal sendiri.

“Hi Assalamualaikum, ramai mesej Misya tanya tentang hantaran Marissa dan media pun sudah mula keluarkan ‘headline’.

“Gambar ini sebelum tular yang mana masa ini Marissa dan Misya sudah pun berbaik. Sebab? Misya terima poligami dan apa yang terjadi.

“Kami pun berdamai tapi lepas viral tentang kisah nikah ini, semuanya berubah. Ada sedikit berbalah, Marissa dan Misya mula ada sempadan di mana masing-masing buat hal sendiri,” jelasnya menerusi Instagram Story.

Lebih menguatkan kenyataaan Misya, pada bahagian informasi gambar tersebut, tertera video tersebut diambil pada 14 Januari 2024.

Enggan panas kemelutnya ditunggang mana-mana pihak, pemilik nama lengkapnya Umisya Mazlan, 25, menjelaskan sebelum ini dia hanya menekankan isu sebuah jenama pakaian yang menggunakan khidmat suaminya dan Marissa sebagai model tanpa pengetahuannya.

Tegas Misya, dia lantang bersuara dek terkilan dengan pihak berkenaan yang tidak menjaga sensitiviti semua pihak apatah lagi situasi sedang tegang ketika itu.

“Misya tak pernah cakap kami bermusuh.

“Tapi Misya tekankan pada kes peragaan satu jenama ini untuk jaga sensitiviti semua pihak atas sebab situasi kami sekarang.

“Situasi kami sekarang tak seperti digambarkan dalam gambar itu ya,” ujarnya panjang lebar.

Pun begitu, Misya kekal ‘husnudzon’ barangkali video tersebut dimuat naik tanpa memaklumkan kepadanya terlebih dahulu sebagai tanda rindu.

“Tapi mungkin satu hari nanti Marissa nak berbaik dengan Misya kan? Wallahualam.

“Mungkin Marissa rindu, selamat hari raya Marissa, lama kita tak berhubung. Maaf zahir dan batin ikhlas dari Misya.

“Misya balas dengan story jugalah penjelasan ini sebabnya Misya pun tak tahu menahu Marissa post story kita. Takda hubungi atau ada apa-apa perbincangan setakat ni,” jelasnya panjang lebar.

Pada Rabu lalu, Marissa membawa suaminya iaitu Ahmad Aslam bertemu Abby dan Norman di acara rumah terbuka keluarga besar mereka.

Abby atau nama sebenarnya, Arbaiyah Abdul Manan, 47, yang berkongsi video hari kejadian menyifatkan Aidilfitri kali ini sebagai ruang buat mereka memperbaiki semua kesilapan lalu.

Mereka sekeluarga meraikan hari raya di kediaman ibu kepada bekas suaminya, Norman di Kuantan, Pahang.

Dua hari selepas itu, Misya pula berkongsi foto bersama Aslam pada 1 Syawal menandakan mereka masih bergelar suami isteri yang sah.

Jelas Misya, dia memuat naik foto berkenaan kerana mahu mengelakkan fitnah mengenai perkahwinannya dengan Aslam.

Terdahulu, Aslam dan Marissa didakwa bernikah di Songkhla, Thailand ketika Misya mengerjakan umrah pada 27 Disember tahun lalu.

Krisis mereka mula meledak pada September 2023 apabila Marissa didakwa menjadi orang ketiga sehingga menyebabkan Aslam dan Misya bercerai, namun rujuk ketika
masih dalam idah.

Aslam dan Misya mempunyai dua cahaya mata iaitu Hud, 3, dan Nuh, 2 tahun.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Marah kawan dengan Bella, Muaz belikan ibu TV

“Hang yang bagitau abang hang aku pregnant bukan anak dia”

Kifarah Bella dapat laki buas – Ahli keluarga

Kek Lapis Baklava RM650 laku keras di Samarahan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker