Lima lelaki terkaya di dunia nikmati kekayaan berganda sejak 2020 – Oxfam

Lima lelaki terkaya di dunia nikmati kekayaan berganda sejak 2020 – Oxfam

Lima lelaki terkaya di dunia menggandakan kekayaan mereka sejak 2020, kata badan amal Oxfam sambil menggesa negara-negara untuk menentang pengaruh ultra-kaya ke atas dasar cukai.

Laporan badan amal yang diterbitkan di Forum Ekonomi Dunia di Davos minggu ini, berkata kekayaan mereka meningkat daripada AS$405 bilion (RM1.88 trilion) pada 2020 kepada AS$869 bilion (RM4.04 trilion) tahun lalu.

Bagaimanapun sejak 2020, hampir lima bilion penduduk di seluruh dunia bertambah miskin, menurut Oxfam.

Jutawan hari ini AS$3.3 bilion (RM15.34 bilion) lebih kaya daripada 2020, walaupun banyak krisis yang memusnahkan ekonomi dunia sejak dekad ini bermula, termasuk pandemik COVID-19.

Laporan tahunan Oxfam mengenai ketidaksamaan di seluruh dunia secara tradisinya dikeluarkan sejurus sebelum forum bermula hari ini di pusat peranginan Alpine Switzerland.

Badan amal itu menimbulkan kebimbangan mengenai peningkatan ketidaksamaan global, dengan individu dan syarikat terkaya mengumpul kekayaan yang lebih besar hasil lonjakan harga saham, selain lebih banyak kuasa.

“Kuasa korporat digunakan untuk memacu ketidaksamaan: dengan memerah pekerja dan memperkayakan pemegang saham yang kaya, mengelak cukai dan menswastakan negara,” kata Oxfam.

Ia juga menuduh syarikat memacu “ketidaksamaan dengan melakukan perang yang berterusan dan sangat berkesan terhadap percukaian”, dengan akibat yang meluas.

Oxfam berkata negara menyerahkan kuasa kepada monopoli, membenarkan syarikat mempengaruhi gaji, harga makanan dan ubat-ubatan yang boleh diakses oleh individu.

“Di seluruh dunia, ahli sektor swasta tidak berhenti mendesak untuk kadar yang lebih rendah, lebih banyak kelemahan, kurang ketelusan, dan langkah lain yang bertujuan membolehkan syarikat menyumbang sedikit mungkin kepada tabung awam,” tambah Oxfam.

Badan amal itu berterima kasih kepada lobi intensif terhadap penggubalan dasar cukai, syarikat telah dapat membayar cukai korporat lebih rendah, sekali gus menafikan wang kerajaan yang boleh digunakan untuk menyokong kewangan golongan termiskin dalam masyarakat.

Cukai korporat menurun dengan ketara di negara-negara Organisasi Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) daripada 48 peratus pada 1980 kepada 23.1 peratus pada 2022, kata Oxfam.

Untuk menangani ketidakseimbangan itu, Oxfam meminta cukai kekayaan ke atas jutawan dan bilionair dunia yang dikatakan boleh membawa masuk AS$1.8 trilion (RM8.36 trilion) setiap tahun.

Badan amal itu juga menggesa untuk mengehadkan gaji Ketua Pegawai Eksekutif dan memecahkan monopoli swasta. BH

Lima lelaki terkaya di dunia nikmati kekayaan berganda sejak 2020 – Oxfam

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Lagu itu Awie tujukan kepada saya – Erra Fazira

“You need help’ Fatiya – Zarina Anjoulie

Gajah bergaduh di Jalan Jeli-Gua Musang

Saya tak ‘demand’ – Anne Ngasri

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker