Bayi 6 bulan digigit, polis sudah rakam kenyataan pengasuh
KLUANG- Seorang bayi lelaki berusia enam bulan mengalami kesan gigitan dan kulit terkoyak di belakang badannya dipercayai digigit oleh anak pengasuh berusia tiga tahun pada hari pertama dihantar ke rumah tersebut.
Kejadian tersebut dikongsikan oleh ibu bayi malang itu dan turut tular di media sosial hari ini.
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Bahrain Mohd Noh berkata, pihaknya mengesahkan menerima laporan kejadian tersebut yang dibuat ibu bayi itu pada pukul 5.30 petang, Rabu lalu.
“Laporan dibuat wanita berkenaan mengenai kes anak yang berumur enam bulan mempunyai kesan gigitan di badan disyaki digigit oleh anak pengasuh yang berusia tiga tahun.
“Hasil siasatan, pengasuh merupakan seorang wanita tempatan berusia lingkungan 20-an telah dikenalpasti dan akan dirakam percakapan bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Terdahulu, seorang wanita yang dipercayai ibu kepada bayi terbabit menerusi satu hantaran di Facebook dengan tidak mendedahkan lokasi rumah pengasuh hari ini berkongsi kejadian yang menimpa bayinya itu
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Main tak pakai otak, smash saja – Rexy
- KPT tidak terima arahan tutup Uniten
- Mungkin aset saya dah bernilai lebih RM50 bilion sekarang – Daim
- PM France lantik ‘suami’ jadi Menteri Luar
- Saya masih berdendam dengan Aiman – Fatiya Latiff
- Zahirah ‘beauty with brain’, Fatiya pulak?
- Isteri Aman Graseka tak berani komen [VIDEO]
- Kalau Teresa masih tak faham, tambah dos 2 sudu sawit sehari – Ka Siong
- Shiera cari Aman Graseka
- 17 gambar kemaluan tidak dikenal pasti milik siapa
- Janganlah sombong sangat
- Polis direman disyaki rogol pelajar asing
- Bapa mangsa prank saman guru, KP pendidikan dan kerajaan
- Badan Peguam “busy body” – Zahid
- Ada ahli parti tak selesa Sanusi karaoke sampai pagi – PAS
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Gajah bergaduh di Jalan Jeli-Gua Musang