Noh jawab tuduhan culik, Mizz Nina sukar berbincang

Noh jawab tuduhan culik, Mizz Nina sukar berbincang

Vokalis Kumpulan Hujan, Noh Salleh menyifatkan dakwaan melarikan anak angkatnya, Musa hingga ditahan pihak berkuasa seperti yang dilaporkan sebagai fitnah.

Tampil menjelaskan keadaan sebenar, Noh atau nama sebenarnya, Mohammad Noh Salleh, 39, menegaskan tiada langsung unsur penculikan seperti yang didakwa, malah sudah mendapatkan kebenaran ibu kandung Musa untuk menjaga kanak-kanak itu.

“Musa diserahkan ibu kandungnya dengan rela hati. Amanah ini diberikan kepada saya.

“Ini bukannya isu perebutan, tetapi mengikut undang-undang dan disertai dengan dokumen.

“Sekarang Musa di bawah jagaan saya dan sangat gembira. Memang saya difitnah teruk,” katanya menerusi temubual bersama program Melodi yang disiarkan di saluran TV3, tengah hari tadi.

Noh berkata, dia harus bangkit pertahan diri kerana memang tiada unsur penculikan.

“Saya tak pernah kena tangkap. Saya hanya diminta hadir ke balai polis untuk beri keterangan.

“Tiadalah sampai kena gari atau tiada siapapun masuk lokap. Semuanya berjalan lancar.

“Alhamdulillah, polis juga beri kerjasama yang baik dan faham dengan situasi. Memang tiada unsur jenayah.

“Jujurnya, saya ‘goyang’ bila dakwaan culik hangat diperkatakan. Mulut orang… Sumber cerita pun saya tak tahu dari mana,” katanya.

Tambah penyanyi Angin Kencang itu, dia juga sudah berusaha untuk berbincang dengan bekas isteri, Mizz Nina mengenai urusan penjagaan Musa, namun gagal.

“Kami sudah berusaha hubungi bekas isteri berhubung soal penjagaan Musa. Saya buang ego demi kepentingan Musa dan beri 150 peratus komitmen untuk duduk berbincang, namun tetap gagal.

“Kami sudah dewasa dan usia pun sudah memasuki 40 tahun. Tiada masa nak gaduh atau berdrama.

“Saya juga sudah hubungi orang sekelilingnya, namun hasilnya tetap sama.

“Misi utama saya mahukan perdamaian dan kedua-dua pihak dapat jaga Musa dan curahkan kasih sayang kepadanya,” katanya.

Noh berkata, dia bukannya nak pisahkan Mizz Nina daripada Musa.

“Saya cuma nak beritahu boleh isi ruang kosong yang ada dan Mizz Nina tak perlu risau kerana saya boleh menjaga Musa bersamanya.

“Saya nak kami dapat hak bersama dan beri yang terbaik sepanjang membesarkan Musa dalam suasana harmoni.

“Semoga boleh ketepikan ego dan berbincang demi kebajikan Musa,” luahnya.

Berkongsi pengalaman dapat bersama permata hati yang dirinduinya itu, Noh sangat teruja melayan keletah Musa yang semakin membesar.

“Orang mungkin tak faham betapa rapatnya saya dengan Musa. Saya ada bersamanya ketika lahir.

“Kasih sayang ini sudah sebati sejak dua tahun lalu walaupun saya dan Mizz Nina bercerai. Sepanjang bersamanya beberapa minggu lalu, ia adalah momen paling indah dalam hidup saya.

“Walaupun usianya baru tiga tahun, Musa sudah boleh dengar cakap. Saya berpeluang mandikan, beri makan dan tidur bertiga bersama isteri saya.

“Kalau saya solat, Musa akan duduk sebelah dan solat sekali.

“Bila bangun pagi, Musa akan panggil ‘bapak’. Saya sudah jumpa makna sebenar dalam hidup. Saya jalani hari-hari penuh keindahan dan rasa amat bahagia,” ungkapnya.

Terdahulu, media melaporkan anak seorang selebriti wanita dilarikan pembantu rumah warga asing.

Namun, selebriti wanita yang pernah bergelar penyanyi suatu ketika dahulu itu bertindak pantas dengan membuat laporan di Balai Polis Ampang, Selangor.

Bagaimanapun, pembantu rumah itu berjaya ditahan polis pada hari kejadian.

Hasil siasatan mendapati, bekas suami selebriti itu yang juga vokalis kumpulan terkenal didakwa menjadi dalang penculikan.

Meskipun identiti selebriti terbabit tidak didedahkan, namun netizen memetik nama pasangan Noh Salleh dan Mizz Nina sebagai selebriti yang dimaksudkan.

Pada Disember lalu, Noh pernah meluahkan rasa rindu terhadap Musa menerusi perkongsian di Instagram (IG).

Melalui entri sama, Noh buat kali pertama mendedahkan wajah buah hatinya itu sempena ulang tahun Musa yang kedua dan berdoa agar dapat disatukan kembali dan Musa mendapat layanan daripada seorang bapa.

Noh dan Mizz Nina atau nama sebenar, Shazrina Azman, 44, mendirikan rumah tangga pada Julai 2011, namun, bercerai pada Ogos 2022 dan tidak dikurniakan zuriat.

Pada September lalu, Noh bernikah dengan Fatin Athira Mustapa. Mizz Nina pula mendirikan rumah tangga dengan penyanyi rap dan penulis lirik berketurunan Maghiribi dari Seattle, Amerika Syarikat (AS), Essam Muhammad pada tarikh yang dinyatakan sebagai suku kedua tahun lalu. BH

Noh jawab tuduhan culik, Mizz Nina sukar berbincang

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Lagu itu Awie tujukan kepada saya – Erra Fazira

“You need help’ Fatiya – Zarina Anjoulie

Gajah bergaduh di Jalan Jeli-Gua Musang

Saya tak ‘demand’ – Anne Ngasri

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker