Chong Wei ‘belasah’ pemain bercuti ke luar negara menjelang Terbuka Malaysia
Chong Wei ‘belasah’ pemain bercuti ke luar negara menjelang Terbuka Malaysia
Legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei merumuskan kegagalan pemain kebangsaan di PETRONAS Terbuka Malaysia adalah disebabkan tidak melakukan persiapan terbaik bagi menghadapi kejohanan pembuka tirai musim 2024 itu.
Malah, bekas pemain nombor satu dunia itu turut membangkitkan persoalan mengenai tindakan segelintir pemain yang bercuti di luar negara ketika sambutan Hari Krismas meskipun mereka sedar Terbuka Malaysia akan bermula pada 9 Januari.
Katanya, untuk berjaya di peringkat tertinggi, ia menuntut pengorbanan tinggi daripada setiap pemain.
“Ini adalah permulaan yang buruk untuk tahun ini.
“Saya harap pemain selepas ini sedar dengan tanggungjawab mereka, mereka perlu berkorban untuk kerjaya mereka.
“Saya tengok di media sosial ada pemain yang bercuti di luar negara sewaktu Krismas sedangkan mereka tahu Terbuka Malaysia akan bermula pada 9 Januari. Bukan saya mahu kata tidak boleh bercuti, tetapi kena tahu tengok masa.
“Pemain pergi bercuti selepas itu balik tinggal berapa hari saja lagi untuk Terbuka Malaysia bermula. Sebagai bekas pemain, saya tahu, kita balik daripada cuti bukan boleh terus buat latihan penuh.
“Pemain kena berkorban untuk capai apa yang mereka impikan, tiada jalan mudah.
“Saya dulu Tahun Baru Cina pun cuti satu hari saja, bukan cakap saya bagus, tetapi boleh tanya kepada mana-mana jurulatih yang pernah latih saya, macam mana cara saya kerana saya sedar saya perlu berkorban untuk berjaya,” katanya kepada BH Sukan.
Chong Wei yang memegang status sebagai juara terbanyak Terbuka Malaysia dengan 12 gelaran, berkata jika dibandingkan dengan pemain dari negara China, Jepun dan Korea Selatan, mereka kekal komited menjalani latihan biarpun pada musim perayaan dan hasilnya mereka berjaya mempamerkan prestasi yang baik pada kejohanan kali ini.
“Saya boleh kongsikan, pemain China, Korea dan Jepun waktu Krismas dan tahun baharu tiada cuti untuk mereka, semua fokus kepada latihan. Malah, ada kejohanan tempatan yang berlangsung di Jepun waktu itu.
“Pada Terbuka Malaysia kali ini, semua boleh nampak pemain negara mana yang bermain dengan baik… China, Korea dan Jepun. Mana yang pergi bercuti semua hancur.
“Sebagai manusia memang kita perlukan cuti dan rehat tetapi kena tengok masa. Nanti bila sudah menang pingat emas Sukan Olimpik atau bersara, nak cuti setiap hari pun tiada siapa akan kacau,” kata pemenang pingat perak tiga kali Sukan Olimpik itu.
Menurut Chong Wei, jurulatih dan pihak pengurus hanya boleh membantu untuk mempersiapkan pemain bagi menghadapi kejohanan tetapi selebihnya adalah terpulang kepada diri mereka sendiri dan jika mereka tidak sedar dengan tanggungjawab memang sukar untuk meraih kejayaan.
“Mahu menang satu kejohanan setahun senang, tetapi mahu kekalkan itu yang susah. Perkara paling utama adalah kemahuan pemain dan apa yang mereka mahukan.
“Nak jadi pemain nombor satu dunia bukan boleh dapat selepas menang satu kejohanan, kena menang tujuh atau lapan gelaran satu tahun, masuk separuh akhir, masuk final. Untuk meraih pencapaian itu, pemain kena berlatih dan berkorban.
“Tahun ini adalah tahun yang sangat penting kerana ada Sukan Olimpik. Jadi, saya harap pemain sedar dan bangkit kembali,” katanya.
Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik adalah satu-satu wakil daripada kem skuad kebangsaan yang berjaya mara sehingga suku akhir sebelum mereka tunduk di tangan juara dunia dari Korea Selatan, Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae, malam tadi.
Sandaran negara yang lain termasuklah beregu wanita, Pearly Tan-M Thinaah dan beregu campuran, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei di tunjukkan jalan keluar masing-masing di pusingan pertama dan kedua.
Pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong paling malang apabila hanya sempat beraksi selama 13 minit di pusingan pertama menentang pemain Jepun, Koki Watanabe sebelum menarik diri selepas mengalami kecederaan otot tulang belakang. BH
Chong Wei ‘belasah’ pemain bercuti ke luar negara menjelang Terbuka Malaysia
Baca Artikel Menarik:
- Main tak pakai otak, smash saja – Rexy
- KPT tidak terima arahan tutup Uniten
- Mungkin aset saya dah bernilai lebih RM50 bilion sekarang – Daim
- PM France lantik ‘suami’ jadi Menteri Luar
- Saya masih berdendam dengan Aiman – Fatiya Latiff
- Zahirah ‘beauty with brain’, Fatiya pulak?
- Isteri Aman Graseka tak berani komen [VIDEO]
- Kalau Teresa masih tak faham, tambah dos 2 sudu sawit sehari – Ka Siong
- Shiera cari Aman Graseka
- 17 gambar kemaluan tidak dikenal pasti milik siapa
- Janganlah sombong sangat
- Polis direman disyaki rogol pelajar asing
- Bapa mangsa prank saman guru, KP pendidikan dan kerajaan
- Badan Peguam “busy body” – Zahid
- Ada ahli parti tak selesa Sanusi karaoke sampai pagi – PAS
Layari Laman Facebook MYKMU.NET