‘Rasuah’ KFA: Ini pendedahan Sanusi
‘Rasuah’ KFA: Ini pendedahan Sanusi
Persatuan Bola sepak Kedah (KFA) memaklumkan isu dana yang mencetuskan dakwaan rasuah berkaitan badan sukan itu berpunca daripada masalah yang dialami sebuah syarikat yang berminat memiliki saham Darulaman Football Club Sdn Bhd (DAFC).
Presidennya, Muhammad Sanusi Md Nor, berkata pada awalnya sesuai dengan dasar terbuka KFA, mereka sedia berunding dengan syarikat terbabit.
Hasil daripada rundingan itu syarikat berkenaan bersetuju memberi pinjaman RM5 juta kepada KFA sebagai bukti komitmen pembelian saham DAFC yang bernilai RM30 juta.
“Sebanyak RM5 juta didepositkan ke akaun KFA pada tahun tersebut (2020), namun rundingan seterusnya gagal mencapai kata sepakat setelah KFA mendapati syarikat tersebut bermasalah, menyebabkan proses rundingan dihentikan serta-merta,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sanusi yang juga menteri besar Kedah berkata, syarikat berkenaan kemudian menuntut agar pinjaman tersebut dikembalikan, dan berdasarkan kemampuan kewangan semasa KFA, mereka meminta RM 1.3 juta daripada RM5 juta itu.
Baca Artikel Menarik:
Pada waktu sama, dakwa Sanusi, sebuah syarikat senaraian awam mendakwa RM5 juta tersebut adalah wang mereka yang sebenarnya diberikan kepada syarikat yang berunding dengan KFA.
Katanya wang berkenaan didakwa diberikan untuk mendorong kerjasama untuk melaksana atau menyambung konsesi rawatan bekalan air atas nama syarikat lain.
Paling luar biasa di dunia
Dakwanya syarikat senaraian awam itu yang tidak pernah berurusan dengan KFA turut menuntut wang berkenaan.
“Surat tuntutan tersebut diberi salinannya kepada KFA,” katanya.
Semalam Sanusi dilaporkan selesai memberi keterangan selama tiga jam di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya untuk membantu siasatan dakwaan rasuah RM6 juta membabitkan KFA.
Siasatan dijalankan selepas SPRM menerima laporan daripada kontraktor yang mendakwa mereka dijanjikan projek di Kedah jika menyalurkan dana kepada KFA namun tidak memperolehnya selepas berbuat demikian.
Sanusi juga sebelum ini mendakwa dia menjadi sasaran pihak tertentu di sebalik plot dakwaan rasuah dalam KFA, selain mendakwa ada pihak lain yang sepatutnya dikenakan tindakan dan bukan empat individu ditahan SPRM.
Baca Artikel Menarik:
Isu Tyzo disingkirkan dari Suria FM, DJ Lin kunci mulut dan tunggu sidang media khas Jumaat ini
Mengulas lanjut, Sanusi menegaskan, tidak timbul sama sekali penyelewengan atau pecah amanah RM6 juta kerana jumlah pinjaman itu adalah RM5 juta.
Dakwa Sanusi, pihak yang melakukan penipuan ialah syarikat yang berunding dengan KFA manakala yang terpedaya dengan janji-janji projek adalah syarikat senaraian awam berkenaan.
Menurutnya, kedua-dua syarikat berkenaan tidak mendapat sebarang projek yang diharapkan walaupun telah memberi pinjaman kepada KFA.
“Tiada penyalahgunaan, songlap, penyelewengan untuk kepentingan peribadi mana-mana pihak dalam KFA melainkan sepenuhnya dibelanjakan untuk KFA,” katanya.
Kata Sanusi, dia juga turut menyifatkan dakwaan rasuah yang dikenakan terhadapnya ini “paling luar biasa di dunia”.
Baca Artikel Menarik:
“Dakwaan rasuah ini paling luar biasa di dunia, boleh dianggap luar tabii.
“Kes disiasat kerana tidak beri projek sedangkan kes rasuah biasanya disiasat melibatkan pemberian wang atau projek.
“Inilah plot yang saya maksudkan, iaitu mengada-adakan hal yang tidak ada,” katanya.
Sanusi juga sekali lagi menegaskan dia akan menyaman pihak-pihak yang memberi gambaran seolah-olah berlaku rasuah dalam KFA selain cubaan merosakkan reputasi presiden, ketua pegawai eksekutif (CEO) serta tiga individu lain.
Sanusi berkata, surat saman tersebut akan dihantar dalam masa terdekat kepada pihak berkenaan.
“Pihak yang cuba kaitkan dengan dakwaan rasuah RM6 juta akan berdepan tindakan undang-undang sesegera mungkin,” katanya.
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Main tak pakai otak, smash saja – Rexy
- KPT tidak terima arahan tutup Uniten
- Mungkin aset saya dah bernilai lebih RM50 bilion sekarang – Daim
- PM France lantik ‘suami’ jadi Menteri Luar
- Saya masih berdendam dengan Aiman – Fatiya Latiff
- Zahirah ‘beauty with brain’, Fatiya pulak?
- Kalau Teresa masih tak faham, tambah dos 2 sudu sawit sehari – Ka Siong
- Shiera cari Aman Graseka
- 17 gambar kemaluan tidak dikenal pasti milik siapa
- Janganlah sombong sangat
- Polis direman disyaki rogol pelajar asing
- Bapa mangsa prank saman guru, KP pendidikan dan kerajaan
- Badan Peguam “busy body” – Zahid
- Ada ahli parti tak selesa Sanusi karaoke sampai pagi – PAS
Layari Laman Facebook MYKMU.NET