Polis tolak notis maklum himpunan ‘Selamatkan Malaysia’
Polis tolak notis maklum himpunan ‘Selamatkan Malaysia’
Polis menolak notis pemakluman himpunan “Selamatkan Malaysia” kerana maklumat dikemukakan penganjur tidak lengkap dan tidak menepati syarat mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Shuhaily Mohd Zain, berkata antara butiran penting tidak dilengkapkan adalah seperti nama penganjur perhimpunan serta lokasi tempat berhimpun.
“Mereka perlu menyatakan di mana lokasi akan berhimpun serta nama pihak penganjur dan sehingga hari ini tiada sebarang notis diterima, risikan mendapati lokasi himpunan mereka berubah dari masa ke masa.
“Bagaimanakah perkara penting seperti ini tidak diambil peduli oleh pihak penganjuran yang terdiri daripada individu berpengalaman dalam mengadakan demonstrasi sebelum ini,” katanya dalam sidang media di IPD Dang Wangi.
Beliau berkata, ketiadaan sebarang pengesahan daripada penganjur boleh membawa kepada pelbagai masalah termasuk kesulitan kepada pengguna jalan raya dan orang awam.
Pemuda Perikatan Nasional (PN) sebelum ini mengumumkan himpunan “Selamatkan Malaysia” akan diadakan pada Sabtu bagi membantah keputusan melepas tanpa membebaskan Zahid Hamidi daripada tuduhan rasuah.
Perhimpunan itu pada mulanya dirancang diadakan di luar pusat beli-belah Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.
Bagaimanapun, Ketua Pemuda PN, Ahmad Fadhli Shaari, dilaporkan berkata mereka terbuka untuk menukar lokasi ke Bukit Bintang. FMT
Polis tolak notis maklum himpunan ‘Selamatkan Malaysia’
Baca Artikel Menarik:
- Bingkaikan nama anak pertama pilihan Agong, guru teruja
- Pemimpin AMK jangan main keadilan bela kroni – Nur Jazlan
- Dicabul pempengaruh popular, Serene kesal dituduh dahaga perhatian
- Rasuah Jana Wibawa, Adam Radlan dibicara Mei tahun depan
- Akmal suruh Rafizi hormat hak Agong dalam isu pengampunan seperti yang telah diterima Anwar
- Cara terbalikkan diabetes jenis 2
- Mana kitab Hadi ketika pemimpin PAS dapat DNAA, soal Faiz
- Ayah campak, mama pula tumbuk mata saya – Waldan
- Ruhainies nafi besarkan buah dada
- Mayat makhluk asing ditemui
- Isham tak hadir pun mesyuarat MKT UMNO semalam
- Telur separuh masak bantu pulihkan otot? Ini penjelasan pakar
- Kalau tak salah apa yang Muhyiddin takut?
- Pemuda terkejut bakal ‘isteri’ sebenarnya lelaki, terus batalkan perkahwinan serta merta
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Aisar Khaled payung ‘rider makanan’ motosikal baharu selepas motorsikal lama disita JPJ [VIDEO]