10 lokasi menarik untuk sarapan pagi di Selangor
KALAU sebut tentang makan, Malaysia memang istimewa. Menu sarapan saja sudah cukup pelbagai, boleh buat kita rambang mata.
Sepinggan roti canai, nasi lemak dan kopi panas itu sudah biasa. Kalau anda mahu pagi yang lebih sempurna, cari ‘port’ sarapan yang istimewa.
Khas buat warga Selangor atau mereka yang datang bercuti di negeri ini, 10 tempat sarapan menarik di Selangor, menurut cadangan Tourism Selangor.
Sedap, istimewa dan nostalgik: ini tiga pengalaman yang anda boleh dapat kalau berkunjung ke kedai-kedai ini untuk menikmati sarapan.
- Kopitiam 143, Ampang Jaya
Terletak di Flat Taman Keramat, Ampang, Kopitiam 143 menyajikan hidangan sarapan tradisional seperti telur separuh masak, mi wantan, roti bakar arang dan masakan Asia yang lazat.
Waktu operasinya bermula pada pukul 7.30 pagi hingga 12.30 tengah hari, dibuka sepanjang minggu kecuali Selasa. Yang menariknya, pelanggan hanya dibenarkan untuk makan di kopitiam itu sahaja bagi mengekalkan kualiti dan rasa hidangan yang baru dimasak.
- Kueh@Seksyen 13, Shah Alam
Kueh@Seksyen 13 menawarkan lebih 40 jenis kuih-muih tempatan yang dihasilkan segar setiap hari. Waktu operasinya bermula pada pukul 10 pagi hingga 8 malam, maknanya anda untuk juga boleh datang untuk minum petang.
Selain variasi kuih-muih, anda yang suka makan berat juga boleh dapatkan pelbagai makanan, seperti laksa utara, nasi lemak ayam berempah dan nasi tomato.
- Atap by Pagi Coffee Co, Subang Jaya
Letaknya di loteng tingkat dua, hidangan istimewanya roti dengan keju bakar, kopi dan kombucha. Buat yang sukakan kafe berkonsep dan instagrammable, anda pasti suka kafe Atap by Coffee Co.
Dibuka 7.30 pagi hingga 6 petang, kafe ini sesuai untuk mereka yang mahukan persekitaran estetik dan tenang.
- Kafe Auntie Foo, Kuala Selangor
Kafe Auntie Foo terletak di kaki Bukit Melawati dan berhampiran Taman Alam Kuala Selangor. Ia menjadi tempat persinggahan yang sesuai selepas bersiar-siar di kedua-dua tempat bersejarah itu.
Kafe ini menawarkan pelbagai makanan ringan, snek dan minuman selain turut menjual cenderamata. Ia juga dikenali sebagai pusat sehenti untuk pelancong mendapatkan maklumat bagi lawatan peribadi di sekitar Kuala Selangor.
- 100Houz Coffee & Breakfast, Kajang
Kafe 100Houz Coffee & Breakfast yang terletak dalam sebuah rumah teres di Jalan Reko, Kajang ini menawarkan pelbagai hidangan sarapan pagi. Ada sarapan bertema Inggeris, pasta, makanan ringan, pastri dan kopi.
Kafe ini sesuai buat mereka yang mahukan pengalaman sarapan pagi atau brunch yang santai. Waktu operasinya bermula pukul 8.30 pagi hingga 5.30 petang, setiap hari kecuali Isnin.
- Pak Teh Kopitiam, Kuala Langat
Terletak hanya 35 minit dari Shah Alam, Pak Teh Kopitiam yang terletak dalam banglo tradisional Cina satu tingkat ini memberikan suasana restoran tradisional namun masih mengekalkan cita rasa moden yang tersendiri.
Kopitiam halal ini menawarkan pelbagai pilihan sarapan Asia yang ikonik, termasuk roti bakar kaya, telur separuh masak dan nasi lemak. Ia dibuka setiap hari kecuali Selasa, bermula pukul 7.30 pagi hingga 4 petang.
- Hay! Cafe, Sekinchan
Dikelilingi sawah padi Sekinchan yang menghijau, Hay! Cafe yang bertema Inggeris menawarkan pelbagai hidangan, seperti nasi lemak ayam berempah, pasta, kopi dan kek. Pelanggan boleh memilih untuk menjamu selera dalam keselesaan kafe berhawa dingin atau menikmati sarapan dengan pemandangan padi menghijau.
Waktu operasinya bermula pada pukul 9 pagi hingga 4.30 petang, setiap hari.
- Bahulu Classiq, Hulu Langat
Bahulu Classiq mengimbau kenangan suasana bersarapan pagi di kawasan desa dengan hidangan seperti mi lontong, mi jawa dan mi rebus asli.
Ia juga terletak berhadapan dengan Mata Air Panas Kampung Jawa, salah satu Geotapak Selangor di bawah Gombak-Hulu Langat Geopark.
- Roti Leleh Batu Arang, Gombak
Roti Leleh merupakan antara tarikan yang ada di Batu Arang, pekan kecil di daerah Gombak yang penuh dengan sejarah dan nilai warisan.
Terkenal dalam kalangan penunggang basikal, Roti Leleh Batu Arang dibuka setiap hari kecuali Selasa dan Jumaat, bermula dari pukul 6 pagi hingga 1 tengah hari.
- Warong Ketupat Yan Kampung Permatang, Kuala Selangor
Warong Ketupat Yan di Kampung Permatang, Kuala Selangor menyajikan pelbagai jenis ketupat, sate, serunding dan kuih tempatan. Antara hidangan unik yang disajikan ialah sate kerang.
Ia dibuka setiap hari bermula dari pukul 7 pagi. – RELEVAN
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Lebih-lebih aku saman – Farid Kamil
- Pewaris sifatkan kenyataan MB Kedah ‘terlalu cerdik’
- Pas tak tahan jadi pembangkang punca mahu sertai kerajaan – Isham Jalil
- Nilai ringgit jatuh, apa Rafizi buat?
- Aksi Jihan Muse Ajar Anak Mengaji Al-Quran Buat Netizen Teruja (Video)
- Pergi rawat sihir, sudahnya kena cabul
- Datuk Tiri ‘Ratah’ Cucu Berusia 6 & 7 Tahun
- Saya bukan mualaf, saya Hui dari China
- Polis tolak saya sambil acu pistol, arah saya ambil beg di hujung katil – Ismahalil
- PAS nak ubah Selangor jadi Kelantan
- Lelaki warga emas cuba jual telefon untuk beli beras, buat netizen menangis [VIDEO]
- Kedudukan ringgit zaman Najib lebih baik, Rafizi tolak rakyat bandingkannya dengan keadaan semasa
- Salah ke saya bercinta dengan suami orang?
- Rashdan serah dokumen berkaitan dana judi PN kepada SPRM
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Individu Saksi Pelakon Lelaki Pukul Teman Wanita Berkali-Kali, Didakwa Memiliki Wajah Soleh
Lelaki Tikam Kekasih 16 Kali, Pukul Dengan Bongkah Batu Depan Orang Awam