Pulau Pinang milik Kedah: PAS Pulau Pinang jangan hanya pekak dan bisu

GEORGE TOWN: Pengerusi DAP Lim Guan Eng mahu PAS negeri menyatakan pendirian berhubung dakwaan Pulau Pinang milik Kedah seperti dinyatakan Sanusi Md Nor.

Lim berkata, sekiranya PAS negeri gagal berbuat demikian, justeru tidak sepatutnya parti berkenaan bertanding menjelang PRN Pulau Pinang.

“Sekiranya mereka gagal berbuat demikian, maka PAS tidak sepatutnya bertanding pada PRN akan datang sekiranya mereka tidak dapat mewakili sepenuhnya kepentingan rakyat Pulau Pinang serta mempertahankan, melindungi, dan memelihara Perlembagaan Persekutuan,” kata bekas ketua menteri itu dalam hantaran di Facebook.

Kenyataan Lim susulan dakwaan berulang Sanusi yang juga menteri besar Kedah berterusan menganggap Pulau Pinang sebahagian Kedah, selain mahu menidakkan kewujudan “sempadan Kedah-Pulau Pinang”

Lim yang juga Adun Air Putih, menuduh Sanusi jelas berniat untuk memanfaatkan dakwaan palsu tersebut demi mendapatkan pengaruh politik tambahan dalam PRN.

Beliau menyeru rakyat Pulau Pinang membuat laporan polis terhadap Sanusi kerana cuba menimbulkan permusuhan awam dalam kalangan rakyat Kedah dan Pulau Pinang.

“Laporan polis harus dibuat oleh 1.8 juta rakyat Pulau Pinang untuk mendesak tindakan terhadap Sanusi bagi melindungi Pulau Pinang dan menghalang ‘penceroboh politik’ daripada menceroboh negeri kita demi memastikan kita dapat meneruskan kehidupan ini dengan aman dan menikmati kemakmuran,” katanya.

Semalam, Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow, berkata kerajaan negeri bersedia ke mahkamah untuk berdepan dakwaan Sanusi itu.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Lelaki Tikam Kekasih 16 Kali, Pukul Dengan Bongkah Batu Depan Orang Awam

Video makan lauk terakhir dimasak ibu undang sebak

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker