Tiba-tiba Kit Siang mahu UMNO jadi kuat

Tiba-tiba Kit Siang mahu UMNO jadi kuat

Veteran DAP Lim Kit Siang berkata beliau hanya mahukan yang terbaik untuk Umno menjelang PRN akan datang bagi memastikan kerajaan perpaduan bawah Perdana Menteri Anwar Ibrahim berjaya.

Bagaimanapun, bekas Ahli Parlimen Iskandar Putri itu berkata jika bekas perdana menteri Najib Razak menerima pengampunan, ia akan menjejaskan sokongan pengundi Umno dan bukannya meremajakan mereka.

“Saya mahu Umno untuk menjadi lebih kuat daripada kedua-dua PAS dan Bersatu.

“Saya percaya, satu-satunya cara untuk mengembalikan Umno kepada kegemilangannya seperti dahulu adalah dengan parti tersebut kembali berpegang kepada dasar dan prinsip-prinsip asas pembinaan negara seperti yang termaktub dalam Perlembagaan dan Rukun Negara,” kata Lim.

Beliau berkata, ini termasuk mengembalikan kebebasan badan kehakiman dan memberikan keutamaan dalam usaha memerangi rasuah.

Lim menegaskan, tiga perdana menteri yang pertama adalah semua presiden Umno yang memimpin parti dan negara berdasarkan dasar dan prinsip masyarakat majmuk.

“Presiden Umno hari ini, Zahid Hamidi, telah menyalahkan Dr Mahathir Mohamad untuk kebencian parti tersebut dan sesetengah ahli Umno terhadap DAP.

“Beliau mengatakan bahawa Mahathir, semasa dalam parti tersebut, memberikan gambaran yang salah mengenai DAP.

“Zahid juga berkata, tetapi akhirnya, dia juga yang menerima mereka dan melibatkan mereka dalam kerajaan.

“Malah, PAS dan Bersatu juga menerima mereka sebelum ini,” kata Lim, memetik komen dibuat oleh timbalan perdana menteri.

Veteran DAP itu kemudian membidas Mahathir berhubung kenyataan dibuat oleh bekas perdana menteri itu baru-baru ini.

Lim menuduh Mahathir kembali kepada ideologi “Mahathirisme”, yang menurutnya bercanggah dengan semangat perpaduan yang didakwanya disokong ketika menjawat jawatan sebagai perdana menteri buat kali kedua dari Mei 2018 hingga Februari 2020.

Lim Kit Siang juga harus suruh anaknya bersara dari DAP dan mungkin DAP akan lebih diterima nanti.

Tiba-tiba Kit Siang mahu UMNO jadi kuat

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kaya Gila Suami Nynaa Harizal (Video)

Farid pujuk, Diana reject

Penyondol itu bukan bff saya – Shila Amzah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker