Shuhada Isteri Hafidz Roshdi umum hamil

Bimbang tekanan beri kesan kepada bayi

Shuhada Isteri Hafidz Roshdi umum hamil

Shuhada Isteri Hafidz Roshdi umum hamil
Shuhada memaklumkan dirinya kini hamil anak ketiga.

KETIKA kemelut rumah tangga masih belum berakhir, isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada mengumumkan dirinya kini sedang hamil dan kandungan sudah memasuki usia 10 minggu.

Berkongsi berita gembira itu, Shuhada atau Nurul Shuhada Mat Shukri, 29, berkata dirinya harus kuat walaupun sedang berdepan pelbagai tekanan.

“Ibu (Shuhada) dapatkan rawatan untuk masalah tekanan dan depresi yang dihadapi sekarang. Saya kena kuat untuk terus jaga Humairah, Umar dan sekarang termasuk anak dalam kandungan.

Shuhada Isteri Hafidz Roshdi umum hamil
Shuhada juga akui kini berdepan masalah tekanan.

“Halangan terbesar sekarang ialah usia kandungan masih awal. Saya tidak boleh ambil ubat hospital untuk kurangkan tekanan.

“Saya takut ia akan memberi kesan kepada baby dalam kandunga. Sekarang saya kena kuat berjuang tanpa ubat,” katanya.

Baca Artikel Menarik:

Penyondol itu bukan bff saya – Shila Amzah


Shuhada menulis perkara tersebut menerusi satu hantaran yang dimuat naik di laman Instagram miliknya.

Bercerita lanjut mengenai kehamilan, Shuhada memberitahu dia jatuh pengsan ketika melakukan pemeriksaan di hospital pada petang Khamis kerana keadaan badan yang lemah.

Insiden itu membuatkan dia menjadi bimbang jika masalah tekanan yang dihadapi akan memberi kesan kepada anak-anak dan orang sekeliling.

“Tadi (Khamis) di hospital saya jatuh pengsan. Doktor minta saya berbuka puasa kerana bimbang membahayakan kandungan. Saya termenung serabut, air mata tak henti mengalir.

Saya kena kuat untuk terus jaga Humairah, Umar dan sekarang termasuk anak dalam kandungan – NURUL SHUHADA ISTERI HAFIDZ ROSHDI

Baca Artikel Menarik:

Ibu tak fail cerai – Syada Amzah


“Saya betul-betul takut. Saya tanya pada diri sendiri adakah mampu menghadapi ini. Dan Saya mahu terus kuat untuk anak-anak. Saya mahu melihat anak-anak membesar depan mata,” jelasnya.

Isu rumah tangga pasangan ini masih belum menemui noktah apabila kes tuntutan pengesahan lafaz cerai dibuat Hafidz terhadap Shuhada ditangguhkan selepas sambutan Aidilftiri.

 

Shuhada Isteri Hafidz Roshdi umum hamil
Kemelut rumah tangga Hafidz dan Shuhada masih belum berakhir.

Shuhada mendakwa Hafidz pernah melafazkan talak kepadanya menerusi mesej pesanan Whatsapp selain melalui panggilan telefon masing-masing pada 22 Januari dan 22 Februari 2023.

Untuk rekod, Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu selain Humairah ialah Umar yang kini berusia 2 tahun.

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker