Mahathir bergantung pada dahan reput – Mursyidul Am PAS
Mahathir bergantung pada dahan reput – Mursyidul Am PAS
Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin menganggap pilihan Tun Dr Mahathir Mohamad menyertai Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) sebagai tidak tepat.
Menurut Hashim, ini kerana bekas Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu memilih tempat bergantung yang sudah reput sedangkan masih ada parti kukuh lain yang memperjuangkan kepentingan Melayu, agama Islam, raja-raja dan Perlembagaan.
“Saya rasa tidak berapa tepat (Dr Mahathir sertai Putra) kerana bukan dasar parti tidak elok tapi dahannya sudah reput, tempat pergantungan tidak kemas sedangkan ada dahan lain yang lebih hebat.
“Kenapa dia tidak boleh fikir,” katanya kepada media selepas menyampaikan ceramah pada Majlis Taujihat Pimpinan Sempena Hari As-Sabiqun di Dewan Tok Guru, Rusila di sini, malam Jumaat.
Dr Mahathir pada Rabu secara sah menyertai Putra dan telah dilantik sebagai penasihat setelah beliau mengumumkan keluar daripada Pejuang pada 10 Februari lalu.
Hashim juga berpendapat penyertaan Dr Mahathir tidak mampu menguatkan Putra kerana bekas Ahli Parlimen Langkawi itu kalah ketika bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu.
Jelas beliau, Perikatan Nasional (PN) sentiasa bersifat terbuka menerima bekas pemimpin atau mana-mana pihak yang mahu menyertai gabungan itu.
Bagaimanapun katanya, Dr Mahathir tidak pernah menyuarakan hasrat untuk bersama PN.
“Saya tiada dengar hasrat (sertai PN) tapi kita terbuka dan boleh bincang,” katanya. Sinar
Mahathir bergantung pada dahan reput – Mursyidul Am PAS
Baca Artikel Menarik:
- Biar Hadi terus merancang dan mengigau – Anwar
- Nurul Shuhada kena 10 jahitan selepas tiga kali ditumbuk Hafidz Roshdi
- Anwar heret Awang ke mahkamah
- Permulaan baik untuk banyak perkara – Shafee
- Mahathir mungkin presiden baru Putra
- Terima kasih Hafidz untuk cacat kekal pada wajahku – Nurul
- Lelaki minum ‘beer, stout’ sambil baca Bismillah?
- Dividen KWSP dijangka hanya 5.5 peratus
- Najib, Arul Kanda bebas tuduhan pinda laporan audit 1MDB
- Kriteria lelaki idaman Intan Serah
- Senarai penuh calon MKT UMNO yang bertanding pada pemilihan kali ini
- Ada pihak mahu kuburkan Umno Sabah – Bung
- Tidak layak! Tiga pencalonan Ketua Pemuda UMNO ditolak
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Alicia Amin, Dr Farzan sah bercerai selepas dua tahun bersama