Banjir di Johor makin buruk, lebih 40,000 dipindah
Banjir di Johor makin buruk, lebih 40,000 dipindah
Keadaan banjir di beberapa negeri bertambah buruk dengan jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) meningkat kepada 46,683 orang setakat malam ini berbanding 40,854 orang, petang tadi.
Johor terus mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 42,704 orang diikuti Pahang (2,860), Negeri Sembilan (613), Melaka (448) dan Selangor (58).
Di Johor, Kulai kembali banjir menjadikan semua 10 daerah di negeri itu terjejas akibat bencana tersebut.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) merekodkan jumlah mangsa banjir terus meningkat kepada 42,704 orang setakat 8 malam ini berbanding 37,258 orang yang direkodkan setakat 2 petang tadi.
Menurut JPBN, Segamat kekal daerah paling teruk terjejas dengan jumlah mangsa 13,292 orang daripada 3,888 keluarga.
Ia diikuti Batu Pahat dengan 12,286 orang daripada 3,558 keluarga; Kluang (5,292 orang, 1,543 keluarga); Muar (3,862 orang, 1,140 keluarga) dan Kota Tinggi (3,257 orang, 873 keluarga).
“Turut terjejas ialah Tangkak dengan 2,912 orang melibatkan 866 keluarga; Mersing (911 orang, 264 keluarga); Johor Bahru (517 orang, 178 keluarga); Pontian (327 orang, 87 keluarga) dan Kulai (48 orang, 11 keluarga),” menurut kenyataan itu.
Di Pahang, Sekretariat JPBN melaporkan jumlah mangsa banjir menunjukkan peningkatan malam ini dengan 2,860 orang ditempatkan di 23 PPS berbanding 2,388 orang di 21 PPS petang tadi.
Rompin kekal merekodkan bilangan mangsa tertinggi iaitu 2,496 orang diikuti Temerloh 306 orang manakala Maran dan Bera masing-masing 29 orang.
Sementara itu, banjir di Jerantut pulih selepas PPS di daerah itu ditutup 6.30 petang tadi, namun pemantauan akan terus dijalankan.
Di Melaka, jumlah mangsa terus meningkat setakat 8 malam ini kepada 448 orang daripada 118 keluarga berbanding 380 orang daripada 97 keluarga pada 2 petang tadi.
Sekretariat JPBN Melaka dalam satu kenyataan berkata kesemua mangsa ditempatkan di lima PPS di negeri itu manakala satu PPS iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Chohong telah ditutup pada 3 petang tadi.
“Di daerah Jasin seramai 63 orang daripada 13 keluarga ditempatkan di PPS SK Seri Mendapat, 129 orang daripada 31 keluarga di PPS SK Parit Penghulu, 62 orang daripada 24 keluarga di PPS SK Parit Gantong serta 179 orang daripada 43 keluarga di PPS SK Batu Gajah.
“Di Alor Gajah, seramai 15 orang daripada tujuh keluarga ditempatkan di PPS Balai Raya Bukit Tambun,” menurut kenyataan itu.
Di Negeri Sembilan, Portal InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat menunjukkan jumlah mangsa banjir di negeri ini terus merekodkan penurunan kepada 613 orang membabitkan 153 keluarga di empat PPS di Tampin setakat 8 malam berbanding 711 orang tengah hari tadi.
Di Selangor, jumlah mangsa banjir terus menurun kepada 58 orang daripada 14 keluarga berbanding 62 orang daripada 15 keluarga setakat 7.30 malam tadi.
Menurut JPBN, Angkatan Pertahanan Awam (APM) Selangor melaporkan dua PPS iaitu SK Merbau Sempak dan Dewan MPKS Desa Coalfields, Sungai Buloh masih dibuka sehingga kini bagi menempatkan mangsa-mangsa banjir berkenaan. FMT
Banjir di Johor makin buruk, lebih 40,000 dipindah
Baca Artikel Menarik:
- Biar Hadi terus merancang dan mengigau – Anwar
- Nurul Shuhada kena 10 jahitan selepas tiga kali ditumbuk Hafidz Roshdi
- Anwar heret Awang ke mahkamah
- Permulaan baik untuk banyak perkara – Shafee
- Mahathir mungkin presiden baru Putra
- Terima kasih Hafidz untuk cacat kekal pada wajahku – Nurul
- Lelaki minum ‘beer, stout’ sambil baca Bismillah?
- Dividen KWSP dijangka hanya 5.5 peratus
- Najib, Arul Kanda bebas tuduhan pinda laporan audit 1MDB
- Kriteria lelaki idaman Intan Serah
- Senarai penuh calon MKT UMNO yang bertanding pada pemilihan kali ini
- Ada pihak mahu kuburkan Umno Sabah – Bung
- Tidak layak! Tiga pencalonan Ketua Pemuda UMNO ditolak
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Alicia Amin, Dr Farzan sah bercerai selepas dua tahun bersama