Saksi warga emas diragut diminta tampil

Tangkap layar video tular memaparkan satu kejadian ragut membabitkan seorang warga emas di Jalan Anggerik, Kampung Manjoi Tambahan dekat Ipoh.

IPOH – Polis meminta pemilik kenderaan dan saksi kejadian kes ragut membabitkan seorang warga emas di Jalan Anggerik, Kampung Manjoi Tambahan di sini tampil membantu siasatan.

Satu rakaman video kejadian itu tular di media sosial Twitter pada Isnin dan telah menarik perhatian masyarakat.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, rakaman berdurasi 33 saat itu memaparkan seorang wanita diragut beg tangan oleh penunggang motosikal dari arah belakang.

“Semakan polis mendapati, kejadian itu berlaku sekitar jam 9.39 pagi Sabtu lalu. Satu laporan polis turut diterima daripada mangsa,” katanya dalam kenyataan di sini pada Isnin.

Menurut beliau, antara barangan dilarikan suspek termasuklah wang tunai RM1,500 telefon bimbit dan dokumen peribadi.

“Mangsa berusia 63 tahun itu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Yahaya berkata, polis sedang giat mengesan suspek yang masih bebas.

Katanya, orang ramai yang menyaksikan kejadian terutama pemandu dua kereta yang dilihat mengejar suspek untuk membantu siasatan.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pukulan KO Jojo tumbangkan lawan hanya dalam 16 saat

Ini kata Erra tentang krisis rumah tangga bekas suaminya

Hafidz Roshdi dituduh mental dan psiko, masih berminat komen IG bekas isteri

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker