PH buat pusingan U, adakan PRN serentak PRU15?

Terdapat ura-ura Majlis Presiden PH yang bermesyuarat pada malam ini akan memilih untuk mengenepikan pendirian asal menangguhkan pelaksanaan PRN di Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang serentak dengan PRU15.

Keputusan enam negeri dipimpin PH dan Pas menangguhkan pembubaran DUN dan PRN mendapat reaksi berbeza daripada pemimpin-pemimpin dalam PH sendiri.

SHAH ALAM – Pakatan Harapan (PH) berkemungkinan besar membuat pusingan U dalam mempertimbangkan keputusan menangguhkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) di tiga negeri ditadbir koalisi berkenaan pada tahun ini.

Sumber terdekat DAP Pusat berkata, terdapat ura-ura Majlis Presiden PH yang bermesyuarat pada malam ini akan memilih untuk mengenepikan pendirian asal menangguhkan pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) di negeri Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang berserentak Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Jelas sumber itu, perwakilan Parti Keadilan Rakyat (PKR) diketuai Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan wakil Parti Amanah Negara (Amanah) secara konsisten bersetuju mengekalkan pendirian asal PH, namun DAP pula mahu keputusan sebaliknya.

“Majoriti pemimpin PH mahu keputusan pembubaran DUN di tiga negeri ditadbir kami ditangguhkan kerana bimbang dengan ancaman banjir yang dijangkakan berlaku pada hujung tahun ini.

“Tetapi wakil DAP dalam Majlis Pimpinan PH tidak bersetuju dan mencadangkan PRN di Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang diadakan berserentak dengan PRU15.

“Anwar, pemimpin PKR dan Amanah setuju DUN tidak dibubar tahun ini, jadi kami bimbang tekanan DAP akan menyebabkan Majlis Pimpinan PH membuat keputusan pusingan U malam ini (Rabu),” kata sumber kepada Sinar Premium pada Rabu.

Pada Selasa, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook mendedahkan mesyuarat Majlis Presiden PH pada petang Rabu akan membincangkan cadangan agar DUN Pulau Pinang turut dibubarkan dalam tempoh terdekat bagi membolehkan PRN negeri itu diadakan serentak dengan PRU15.

Terdapat kemungkinan besar PH akan membuat pusingan U dalam menyatakan pendirian untuk tidak membubarkan DUN di tiga negeri dikuasai mereka dalam masa terdekat susulan mesyuarat Majlis Presiden PH diadakan pada malam Rabu.
Terdapat kemungkinan besar PH akan membuat pusingan U dalam menyatakan pendirian untuk tidak membubarkan DUN di tiga negeri dikuasai mereka dalam masa terdekat susulan mesyuarat Majlis Presiden PH diadakan pada malam Rabu.

 

Anthony Loke berkata, DAP Pulau Pinang sebelum ini menghantar cadangan supaya pertimbangan semula dibuat selepas menerima pandangan orang ramai.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun turut menjelaskan kerajaan negeri itu sedang menunggu keputusan pendirian rasmi PH yang bakal dimuktamadkan dalam mesyuarat Majlis Presiden PH pada malam Rabu.

Bagaimanapun, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Shaari memaklumkan beliau sudah menghadap Sultan Selangor dengan baginda memperkenankan permohonan kerajaan negeri untuk meneruskan pentadbiran sehingga tahun hadapan.

Pada 5 Oktober lalu, kerajaan PH di Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang mengumumkan tidak akan membubarkan DUN seiring pembubaran Parlimen kerana bimbang ancaman banjir hujung tahun ini.

Pendirian itu disusuli kerajaan negeri Pas di Kedah, Kelantan dan Terengganu yang membuat keputusan mahu fokus dahulu usaha kebajikan rakyat termasuk membuat persiapan menghadapi banjir.

Bagaimanapun, seorang pemimpin PH yang enggan dikenali menolak dakwaan Majlis Presiden PH akan membuat keputusan pusingan U, sebaliknya koalisi itu mungkin hanya mempertimbangkan kebenaran kerajaan negeri Pulau Pinang sahaja untuk mengadakan PRN berserentak dengan PRU15.

“Terdapat beberapa alasan kukuh dikemukakan DAP negeri yang menyebabkan Majlis Presiden PH perlu membenarkan kerajaan negeri Pulau Pinang tidak perlu menangguhkan pembubaran DUN.

“Alasan itu tidak boleh dinyatakan atas faktor strategi parti. Tetapi saya fikir keputusan pusingan U tidak akan melibatkan dua negeri pimpinan PH lain,” jelas pemimpin muda PKR berkenaan.

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bilal viral di TikTok, Neelofa tersinggung

Risiko besar buat PH, Pas jika tidak bubar DUN

Netizen kritik hasrat Mahathir mahu bertanding lagi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker