Pemandu trak pikap dipuji lekat makanan percuma pada kenderaan

BANGKOK – Seorang pemandu kenderaan pacuan empat roda di wilayah Chiang Rai, Thailand mendapat pujian pengguna TikTok kerana melekatkan pelbagai jenis makanan ringan dan pelitup muka pada badan trak miliknya untuk diambil oleh orang ramai secara percuma.
Menurut laman berita Thaiger, video yang memaparkan trak pikap berwarna putih itu dimuat naik Jumaat lalu oleh seorang pengguna TikTok.
“Anda amat baik hati. Chiang Rai hebat,” demikian menurut keterangan pada video tersebut.
Dalam video itu, sejumlah makanan ringan dan pelitup muka dilekatkan pada badan trak pikap tersebut beserta sehelai kertas yang bertulis: “Ambil secara percuma.”
Ketika trak berkenaan berhenti di sebuah persimpangan lampu isyarat, kelihatan dua kanak-kanak lelaki pergi ke arah kenderaan itu dan mengambil beberapa makanan ringan. Mereka tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada pemandunya.
Video tersebut menjadi tular dengan pengguna media sosial Thailand memuji sikap pemurah pemandu berkenaan.
“Idea yang sangat bernas. Saya rasa gembira menonton video ini,” kata seorang netizen.
“Kedua-dua pemandu dan penerima berasa gembira,” ujar seorang lagi pengguna media sosial. – Agensi
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Kalau anak jantan, tekan butang PN tarik sokongan kepada PM
- Jangan semarak api pemisah, Khaled beri amaran kepada Wong Chin Huat
- Posing belakang Janna Nick undang komen lelaki miang
- AirAsia paling banyak terima aduan daripada penumpang
- Air kencing berbau hancing, ini sebabnya
- Umno tak lalu satu selimut dengan pengkhianat, Shabery bidas Idris
- Selepas ‘projek’ 700 lelaki wanita kata sudah insaf
- Cuba bakar isteri kerana sering tersenyum bermain telefon bimbit
- Kit Siang buat pusingan U, tetap tanding PRU15
- Shahril Hamdan sekolahkan Muhyiddin
- Pengarah universiti ditahan disyaki terima Honda Accord
- Kenyataaan Tommy Thomas bermain ‘api’ amat bahaya sangat bersifat perkauman – Majlis Profesor Negara
- Resepi Kerabu Mangga Thai Khop Khun Khap
- Moga Shuk jadi bapa yang baik – Rossa Sera
- Cuba bakar isteri kerana sering tersenyum bermain telefon bimbit
- Hajat dapat RM1 bilion, rugi RM2.3 juta
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Jika suami sudah meninggal dunia, satu jari dia memadai sebagai bukti
Berkomplot bunuh suami, wanita dicekup polis