Saifuddin sindir Rafizi, tegur Imam dalam solat pun ada adab dan akhlaknya
Hormat dan taat kepada pemimpin parti merupakan satu kewajipan dalam sesebuah organisasi dan ia bukan bermakna perbuatan membodek, kata Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail.
Dalam ucapannya pada Kongres PKR hari ini, Saifuddin memberikan analogi ketaatan kepada pemimpin seumpama solat jemaah yang dipimpin oleh seseorang imam.
“Taat kepada pemimpin satu kewajipan organisasi, taat sifat dipuji.
“Orang Islam dalam solat (berjemaah) ada imam, kita ikut, sekali kita tak ikut imam solat kita terbatal. Kalau imam tak betul kita boleh tegur dalam solat, ada cara tegur imam.
“Imam rukuk (solat) kita rukuk, itu bukan makna bodek imam, itu taat dan patuh pada imam.
“Imam baca dalam sembahyang bacaannya salah, tegur dia… imam lupa, tegur, ada cara. Dalam sembayang pun boleh tegur apa lagi di luar.
“Tegurlah Anwar Ibrahim dalam mesyuarat, semua dalam Majlis Pimpinan Pusat (MPP) boleh jadi saksi berapa banyak pandangan dia disanggah, ditolak sampai kadang-kadang dia merayu ‘ini pandangan saya’,” katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Kongres Nasional ke-16 PKR di Shah Alam, hari ini.
Saifuddin berkata, Anwar adalah pemimpin yang boleh ditegur dan dikritik, namun biarlah secara beradab dan berakhlak.
Semalam, timbalan presiden PKR yang baru, Rafizi Ramli berkata kepimpinan baru PKR tidak perlu membodek atau mempertahankan Anwar apabila presiden parti itu dikritik.
Menurut Rafizi, tiada sesiapa perlu mempertahankan Anwar daripada sebarang kritikan kerana peranan penting PKR adalah untuk menarik semula sokongan rakyat terhadap parti itu.
“Kalau saya menjadi Anwar Ibrahim, saya rasa kita perlu terima factual finding (hakikat sebenar) kerana jika kita tidak melakukan apa-apa, ia (situasi sedia ada) akan diterjemahkan kepada keputusan pilihan raya, (di mana) hakikatnya dia telah hilang populariti.
“Apa yang penting untuk parti dan kepimpinan baru adalah bukannya cuba membodek Anwar ke, pertahankan Anwar ke..,” kata Rafizi.
Dalam pada itu, Saifuddin berkata hubungannya dengan Rafizi tetap akrab sebagai “adik dan abang” meskipun bertembung dalam pemilihan parti itu baru-baru ini bagi merebut jawatan timbalan presiden.
Dia mengingatkan “batu api” dalam parti itu supaya tidak melaga-lagakan mereka kerana ia tidak akan mencarikkan keakraban yang telah terjalin.
Sementara itu, Ketua Penerangan PKR, Shamsul Iskandar Md Akin melahirkan rasa simpati dengan presiden parti itu yang diserang dan diperlecehkan oleh beberapa pihak tertentu.
Secara sinis, Shamsul membaca dua rangkap pantun bagi mengingatkan ahli PKR supaya patuh dan hormat kepada pucuk pimpinan parti itu.
“Saya nak dedikasi dua pantun: bila berbicara khemah besar, jangan kita mudah tersasar, pemimpin hebat jiwanya besar, diserang digasak tetap sabar.
“Ini bukan bodek, ini pantun, boleh jawab nanti,” katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Suami maut dipercayai dipukul isteri depan anak
- Rizal van Geyzel direman sehari
- Tawar elaun cari calon isteri
- Realiti sebalik isu TPM
- Gaji penjawat awam dan swasta di Malaysia tercorot berbanding negara ASEAN lain
- Isu Intan Najuwa peluk Aliff Aziz di Genting Highlands
- Jalan ‘jem’ kita kena sabar – Mohd Amar (Video)
- Kongress PKR, Kak Wan menangis kerana pengkhianatan
- Memang kenderaan milik PDRM lah…
- Anak ahli politik dipenjara 12 bulan jual jam tangan curi
- Duta Besar ke Indonesia: Tajuddin akur, terima keputusan kerajaan
- Wanita lompat ke dapur McDonald’s untuk sediakan hidangan sendiri
- Pencen untuk bekas tentera, jangan samakan dengan ahli Parlimen – JHEV
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tangkapan ikan gergasi ‘oarfish’ cetus kepercayaan gempa dahsyat bakal menyusul