Waran tangkap terhadap Emilia dibatalkan

UALA LUMPUR – Mahkamah Majistret di sini pada Rabu membatalkan waran tangkap terhadap Emilia Hanafi di atas ketidak hadirannya dalam prosiding kes jenayah membabitkan bekas suaminya, Datuk SM Faisal SM Nasimuddin Kamal.

Majistret Nadia Othman membatalkan waran tangkap itu selepas berpuas hati dengan penjelasan Emilia, 43.

Mahkamah turut memberi amaran, agar ibu kepada tiga anak lelaki berusia 10 hingga 16 tahun itu, tidak menggunakan sijil cuti sakit (MC) sebagai tiket untuk tidak hadir ke mahkamah.

“Saya sentiasa ingatkan kehadiran semua pihak, demi kelancaran kes ini. Perbicaraan akan diteruskan pada 15 Julai,” katanya.

Ketika prosiding sebutan kes, Emilia berkata, dia tidak dapat hadir kerana menghadapi masalah kesihatan.

Menurutnya, ia membabitkan tarikh perbicaraan pada tahun 2021 iaitu 14 dan 15 Disember 2021 manakala tahun ini pada 28 Februari, 4 Mac, 20 April, 20 Mei dan 16 Jun.

“Tahun lalu, saya tertekan kerana ada waran tangkap dari Mahkamah Syariah berhubung kes berlainan, disebabkan itu, saya mengalami sakit perut, masuk angin, muntah dan cirit-birit.

“Saya terus mendapatkan MC dari Klinik Kesihatan kerajaan di Kelana Jaya dan Klinik Kesihatan Kota Damansara,” katanya ketika memberi keterangan dari kandang saksi.

Semasa prosiding yang dijadualkan pada Februari, dia berkata, mengalami demam selesema sementara pada 4 Mac pula, dia telah menjadi kontak rapat kepada pesakit Covid-19.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Nur Aishah Ahmad Zakiuddin kemudiannya memohon kepada mahkamah untuk membatalkan waran tangkap yang dikeluarkan pada 15 Jun lalu.

Sebelum ini, ahli perniagaan, SM Faisal didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas Emila yang merupakan isterinya di sebuah rumah di Jalan Kiara 3, Desa Sri Hartamas, Brickfields di sini, antara jam 12.30 tengah hari hingga 4.30 petang, 22 November 2015.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 326A kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau dengan denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Untuk rekod, pasangan itu berkahwin pada 2002 sebelum bercerai 2016 manakala hak penjagaan terhadap tiga anak mereka, diberikan sepenuhnya pada Emilia.

Pada 27 Jun lalu, Emilia menjalani hukuman penjara tujuh hari atas kesalahan komital kerana ingkar perintah Mahkamah Tinggi Syariah di sini mengenai tarikh lawatan tiga anaknya.

Dalam kes ini, SM Faisal diwakili peguam Datuk Akberdin Abdul Kader manakala dua peguam pemerhati iaitu Datuk Khairul Anwar Rahmat dan Nazri Yahya bagi pihak Emilia.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ain Edruce pengacara baru Melodi

Lelaki Melayu Pertama ‘Catwalk’ Di Paris Fashion Week

Fizi ‘naik hantu’ perbuatan Shakilla?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker