30 restoran mamak ditutup akibat kekurangan pekerja

30 restoran mamak ditutup akibat kekurangan pekerja

Johor Bahru: Sebanyak 30 restoran mamak di negeri ini ditutup berikutan masalah kekurangan pekerja sejak pandemik Covid-19 hingga awal Julai ini.

Setiausaha Persatuan Usahawan India Muslim Negeri Johor, Hussein Ibrahim berkata, buat masa ini hanya 400 restoran masih beroperasi.

Beliau berkata, malah restoran berkenaan juga terpaksa menghadkan waktu operasi daripada 24 jam kepada 15 jam atau 12 jam.

Menurutnya, masalah itu timbul apabila pengusaha restoran mamak berdepan kekurangan tenaga kerja warga asing untuk menggerakkan perniagaan apabila kebanyakan mereka pulang ke negara asal sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika pandemik Covid-19.

Katanya, walaupun pengusaha restoran membuka peluang kepada warga tempatan untuk mengisi kekosongan pekerja restoran namun maklum balas diterima mengecewakan.

“Ada segelintir pengusaha terpaksa menggaji pekerja warga asing yang memiliki permit sah dalam sektor pembinaan dan perladangan bagi menampung keperluan.

“Sekiranya pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pekerja berkenaan tanpa diberi kelonggaran, ia akan melumpuhkan operasi lebih banyak restoran mamak.

“Pihak kami sudah menyalurkan permasalahan diharungi pengusaha restoran mamak kepada Kementerian Sumber Manusia dan Jabatan Perdana Menteri dengan harapan ada langkah sesuai dilakukan,” katanya.

Hussein berkata, pihaknya berharap kerajaan mempertimbangkan kebenaran membawa masuk pekerja warga asing ke Malaysia untuk menyelesaikan isu kekurangan tenaga kerja dalam sektor perkhidmatan.

Menurutnya, pengusaha restoran mamak tidak mempunyai pilihan selain bergantung kepada tenaga kerja warga asing bagi memulihkan ekonomi sektor itu.

“Memang jelas keperluan tenaga kerja di sektor itu semakin mendesak dan diharap ada tindakan dilakukan dalam tempoh terdekat.

“Jika perkara berkenaan berlarutan untuk beberapa bulan lagi, saya tidak pasti berapa ramai lagi pengusaha restoran terpaksa tutup restoran,” katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, seorang pengusaha restoran yang mahu dikenali sebagai Hamid berkata, dia terpaksa menutup operasi dua cawangan restorannya termasuk di Pasir Gudang dan Johor Bahru sejak dua tahun lalu.

“Antara punca perniagaan merosot adalah apabila peraturan ketika PKP.

“Saya menutup perniagaan kerana mengalami kerugian puluhan ribu dalam tempoh kurang setahun sejak pandemik.

“Malah masalah yang saya alami termasuk kekurangan pekerja, kami bukan tidak mahu penduduk tempatan namun mereka masih tidak berminat walaupun gaji ditawarkan lumayan,” katanya. HM

30 restoran mamak ditutup akibat kekurangan pekerja


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ain Edruce pengacara baru Melodi

Lelaki Melayu Pertama ‘Catwalk’ Di Paris Fashion Week

Fizi ‘naik hantu’ perbuatan Shakilla?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker