Apa tujuaan ROS melambatkan permohonan tangguh pemilihan UMNO?
SHAH ALAM – Beberapa pemimpin utama UMNO mengesahkan parti itu masih belum menerima sebarang maklum balas daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) berhubung permohonan menangguhkan pemilihan parti selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Mohd Sumali Reduan berkata, pihaknya mengesahkan setakat ini parti itu masih belum menerima jawapan daripada JPPM sama ada jabatan di bawah bidang kuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) itu bakal meluluskan penangguhan pemilihan UMNO selepas PRU15 atau sebaliknya.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu atau kemungkinan UMNO terpaksa mengadakan pemilihan di peringkat cawangan dan bahagian sekitar bulan Ogos hingga Oktober ini sekiranya permohonan berkenaan tidak diluluskan.
“Belum. Setakat ini UMNO masih belum menerima sebarang jawapan maklum balas daripada JPPM mengenai kelulusan usul pindaan perlembagaan parti yang sudah diluluskan dalam Perhimpunan Agung Khas (EGM) UMNO, Mei lalu.
“Saya enggan ulas mengenai hal-hal lain (termasuk keperluan pemilihan UMNO peringkat cawangan dan bahagian diadakan pada bulan Ogos). Saya cuma boleh ulas itu sahaja dahulu,” ujarnya secara ringkas sewaktu dihubungi Sinar Premium pada Isnin.
Pada Jun tahun lalu, UMNO dibenarkan menangguhkan pengundiannya selama 18 bulan sehingga 29 Disember tahun ini susulan pandemik Covid-19.
Pada 15 Mei pula, EGM UMNO melibatkan 2,586 perwakilan daripada 192 bahagian sebulat suara meluluskan resolusi untuk meminda Perlembagaan parti dengan syarat, JPPM perlu meluluskan pindaan itu.
Sebelum ini, parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) seperti MIC dan MCA sudah mengemukakan permohonan untuk menangguhkan proses pemilihan parti bagi memberi laluan supaya PRU15 dijalankan terlebih dahulu.
Untuk rekod, JPPM mengambil masa lebih setahun untuk memberikan kelulusan kepada MCA meminda perlembagaannya susulan MCA menyerahkan kertas kerjanya pada Disember 2019.
Pindaan perlembagaannya pula hanya diluluskan JPPM pada Mac tahun ini.
TUNGGU SELAMA 60 HARI
Sementara itu, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin pula meminta semua pihak menunggu tarikh 16 Julai untuk JPPM memberi maklum balas berhubung permohonan pindaan perlembagaan parti itu.
Jelas beliau, hal ini susulan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Naib Presiden UMNO sendiri menyatakan parti itu perlu menunggu selama 60 hari bagi mendapatkan maklum balas JPPM setelah usul pindaan perlembagaan UMNO diluluskan pada 15 Mei lalu, atau secara lebih tepatnya sehingga 16 Julai ini.
“Saya enggan ulas lanjut. Perdana Menteri sudah jawab bahawa JPPM akan mengemukakan maklum balas selepas 16 Julai. Jadi kita tunggu sahajalah tarikh itu.
“Perkara ini (jawapan JPPM), kalau diulas, hal itu akan menjadi bertambah panjang. Jadi sama-sama kita tunggu respons JPPM sahaja,” tegasnya.
GUNA SALURAN MAHKAMAH
Dalam pada itu, bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo berpandangan UMNO mempunyai opsyen untuk mengheret JPPM ke mahkamah sekiranya jabatan itu masih gagal mengemukakan maklum balas kepada parti dalam masa terdekat.
Katanya, hal ini kerana fungsi JPPM adalah bertujuan memastikan perjalanan sesebuah pertubuhan atau parti berjalan mengikut perlembagaan parti masing-masing dan bukan berasaskan kehendak jabatan berkenaan.
“Kita kena tengok, MCA dan MIC sudah membuat pindaan perlembagaan yang lebih kurang sama dengan UMNO, namun telah diluluskan oleh JPPM sebelum ini.
“Justeru, ini merupakan satu kes duluan (precedent case) yang wajar dirujuk UMNO terhadap JPPM di mahkamah, sekiranya jabatan itu tidak meluluskan permohonan parti.
“Oleh itu, saya cadangkan UMNO membawa isu penangguhan keputusan JPPM ke mahkamah sekiranya ia masih gagal mengemukakan maklum balas sewajarnya sebelum akhir tahun ini,” katanya.
Selain itu, Mohamad Khir turut berpandangan tiada masalah untuk UMNO mengharungi PRU15 dalam masa terdekat, sekali pun parti itu perlu mengharungi proses tuntutan mahkamah terhadap JPPM.
“Sekiranya PRU15 diadakan dalam tahun ini, UMNO masih boleh bertanding pilihan raya seperti biasa meskipun parti itu perlu mengharungi proses mahkamah.
“Namun, saya yakin tiada sebab JPPM hendak menolak permohonan UMNO. Cuma proses kelulusan itu mungkin sedikit lewat, mengambil kira pertimbangan-pertimbangan tertentu jabatan berkenaan,” ujarnya.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Tuan Ibrahim nafi PAS mahu guna logo PN
- Ibu tunggal tidak serik kahwin kali ke-12
- Ini rupanya Kapten Syers dalam Mat Kilau [VIDEO]
- Cubaan samun berakhir tragedi, suspek dan mangsa terbunuh
- Cara Mohon Laptop Percuma 2022
- Biadap! 12 kedai diarah tutup, promosi arak percuma kepada pelanggan Islam
- Bapa Rogol Anak Sendiri Hampir 12 tahun Hingga Wanita Ini Anggap ‘Ayah Sudah Lama Mati’
- Rakam Video Seks Depan Panorama Indah, Pasangan ‘Buat Projek’ Atas Bangunan The Shard 72 Tingkat
- Daiyan Trisha padam video
- Tok Pa, Mas Ermieyati dan Noor Azmi saman Zahid jika berada dipihak yang benar
- Kasi makan ayam bukan sebab sayang buaya – Shabery
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Jada Pinkett Smith Akui Ketagih Melakukan Onani Berkali-kali Dalam Sehari