Semua menu RM1 sahaja

Semua menu RM1 sahaja

KOTA BHARU: Dengan hanya RM1 pelanggan boleh menikmati pelbagai jenis hidangan yang disediakan di kedai makan Wan Hazimi Wan Hamat di Kampung Sungai Budor, di sini.

Bubur nasi, mi dan kuetiau goreng atau sup, pengat pisang, aneka bubur antaranya bubur kacang, bubur jagung serta bubur pulut hitam dijual dengan harga serendah itu sehingga premis itu sering dipenuhi pelanggan walaupun kedudukannya agak tersorok.

Wan Hazimi, 53, berkata pelbagai menu yang dijual dengan RM1 itu sudah hampir 10 tahun diperkenalkan dan harga itu tidak berubah walaupun harga bahan mentah meningkat.

“Saya sudah berniaga sejak 20 tahun lalu yang mana pada awalnya rata-rata makanan dijual dengan harga 50 sen sebelum 10 tahun kemudian dinaikkan menjadi RM1.

“Pelanggan kebanyakan penduduk sekitar tapi sejak tular, pelanggan semakin ramai datang menyebabkan kami tidak menang tangan,” katanya ketika ditemui di premis itu hari ini.

Kedai makan Wan Hazimi bersama isterinya, Rozira Hassan, 49, dibuka pada Ahad sampai Khamis bermula jam 11.30 pagi hingga 6.30 petang.

Lokasi kedai makan yang terletak di lorong beberapa rumah yang dicat seperti pelangi menjadi mercu tanda kepada orang ramai mencari premis itu.

Walaupun harga makanan dijual murah, Wan Hazimi berkata, mereka masih mendapat untung walaupun tidak banyak.

“Setakat ini kami belum berhasrat menaikkan harga selepas empat bulan kedai kembali beroperasi disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini,” katanya.

Seorang pelanggan, Nazira Ibrahim, 41, berkata, dia kerap datang ke kedai makan itu disebabkan harga murah dan aneka menu yang sedap.

Katanya lagi, biasanya wang yang dibawa sekitar RM10 hingga RM20 sudah mampu ‘mengenyangkan’ mereka lima beranak berbanding kedai lain yang mungkin mencecah sekali ganda harganya. BH

Semua menu RM1 sahaja


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

PH sudah tersilap, jangan buat lagi dalam isu calon KM Melaka – Guan Eng

Nik Abduh, Khairuddin kalah kerana bukan team presiden?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker