Ancaman China meningkat setiap hari
Ancaman China meningkat setiap hari
TAIPEI: Presiden Taiwan, Tsai Ing-wen menegaskan ancaman dari China ke atas wilayah separa autonomi itu semakin meningkat setiap hari.
Ini kali pertama pemimpin tertinggi itu mengesahkan kehadiran tentera Amerika Syarikat (AS) di Taiwan.
Ing-wen menerusi satu wawancara eksklusif dengan CNN memaklumkan Taiwan yang terletak kira-kira 200 kilometer (km) dari pantai tenggara China, merupakan `harapan’ demokrasi yang perlu dipertahankan untuk menegakkan kepercayaan seluruh dunia terhadap prinsip tersebut.
“Inilah kepulauan memiliki 23 juta penduduk yang bekerja keras setiap hari untuk melindungi diri dan demokrasi serta memastikan rakyat memiliki kebebasan yang sepatutnya diperolehi.
“Sekiranya kita gagal, ia bermakna orang yang percaya terhadap nilai ini akan meragui sama ada ia merupakan nilai yang mereka harus memperjuangkan,” katanya.
Dua negara itu ditadbir secara berasingan sejak Nasionalis berundur ke Taiwan pada akhir perang
saudara China pada 1949.
Taiwan kini merupakan sebuah negara demokrasi yang berkembang pesat namun Parti Komunis China (PKC) yang memerintah di tanah besar itu menganggap Taiwan sebagai sebahagian wilayahnya.
Ketika ini hubungan antara Taipei dan Beijing tegang sejak beberapa dekad lalu.
Taiwan berdepan tekanan ketenteraan dan politik untuk menerima pemerintahan China.
Awal bulan ini, tentera China menghantar sejumlah besar pesawat perang ke ruang udara Taiwan manakala diplomat dan media dikendalikan kerajaan memberi amaran mengenai kemungkinan pencerobohan melainkan Taipei mengikut arahan PKC.
Tindakan China itu sebahagian besar hasil pengukuhan hubungan antara Taiwan dan AS di bawah kepemimpinan Donald Trump dan Joe Biden.
Dalam wawancara itu, Ing-wen menjadi Presiden Taiwan pertama yang tampil mengakui kehadiran tentera AS di wilayah itu bagi tujuan latihan ketenteraan.
Bagaimanapun, pemimpin itu tidak menyatakan jumlah anggota tentera AS yang berada di Taiwan pada masa ini.
Beliau hanya memaklumkan jumlah anggota tentera itu tidak seramai seperti disangkakan.
“Kami mempunyai pelbagai kerjasama dengan AS yang bertujuan meningkatkan keupayaan pertahanan negara,” katanya.
Sebelum ini, tentera AS memuat naik dan kemudian memadamkan sebuah video yang memaparkan Pasukan Khas Tentera AS sedang melatih askar di Taiwan pada awal tahun lalu.
Pada November tahun lalu, Kementerian Pertahanan Taiwan mengumumkan dan kemudian menafikan mengenai perkara itu kepada media tempatan.
AS IKRAR BERSAMA TAIWAN
Presiden Joe Biden memaklumkan AS akan berdiri teguh bersama Taiwan dalam mempertahankan kebebasan di perairan dan demokrasi.
Biden juga menyifatkan tindakan China terhadap Taiwan sebagai `paksaan’ serta menganggapnya ancaman kepada keamanan dan kestabilan.
Berucap pada Sidang Kemuncak ASEAN, Biden berkata, Washington akan memulakan perbincangan dengan rakan kongsi di Indo-Pasifik untuk membangunkan rangka kerja ekonomi serantau.
Pemimpin itu turut mengulangi gesaan bahawa AS mempunyai komitmen teguh terhadap Taiwan.
“Kami amat bimbang dengan tindakan paksaan China,” katanya. Utusan
Ancaman China meningkat setiap hari
Baca Artikel Menarik :
- Apabila hati penjawat awam sudah terhiris
- Peguam dakwa penangkapan Aryan Khan langgar Perlembagaan
- Remaja terpelanting, maut dipanah petir
- Ada yang meniru dari nama hingga ke warna baju – Najib
- Ular sama tak akan patuk kali kedua, Zahid sindir Bersatu
- Tommy Thomas disaman Najib kali kedua
- Mahu Kembali Jadi Fatah, Lucinta Luna Mengaku Penat Jadi Perempuan,“Cukuplah..Saya Takut Dosa”[VIDEO]
- Bersatu hilang arah, keputusan UMNO pergi solo tepat
- Resepi ayam masak lapis memang best
- Tuhan tarik nikmat bebas memandu Sharifah Sakinah
- 9 daripada 10 tidak mahu UMNO bersama BERSATU
Layari Laman Facebook MYKMU