Iga mahu dalami ilmu bersama Djokovic

Iga mahu dalami ilmu bersama Djokovic

Iga mahu dalami ilmu bersama Djokovic
TANGKAP layar gambar Djokovic sedang mengajar Iga. -FOTO X

Beijing: Iga Swiatek menyifatkan Novak Djokovic sebagai pemain luar biasa sehingga sukar dipercayai, malah mengakui dia berharap dapat terus menimba ilmu daripada pemain yang dianggapnya sebagai seorang pemain yang memiliki pukulan balas servis terbaik.

Tular video yang memaparkan pertemuan ringkas Djokovic dan Iga di gelanggang latihan menjelang Terbuka China di Beijing baru-baru ini.

Dalam video itu, pemain Serbia berusia 39 tahun berkenaan, yang sering dianggap antara pemain terbaik dalam aspek pemulangan servis, dilihat memberikan nasihat kepada pemain Poland berusia 25 tahun itu mengenai posisi badan ketika melakukan pukulan balas servis.

Selepas berkongsi ilmu dengan Iga, Djokovic menamatkan rentetan tiga kekalahan berturut-turut dengan cemerlang apabila memenangi lima perlawanan di Beijing untuk meraih gelaran pertamanya musim ini.

Sementara itu, Iga turut meneruskan kemaraan dalam saingan perseorangan wanita di Beijing apabila mara ke suku akhir untuk berdepan Elise Mertens.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

PRN Melaka: Rapatkan Saf, Gerakkan Gelombang Biru BN

Selepas mempamerkan aksi pemulangan servis yang cemerlang ketika menentang Iva Jovic dan menghasilkan lima break dalam kemenangan dominan 6-1, 6-3, juara Grand Slam enam kali itu ditanya mengenai Djokovic dan nasihat yang diberikan kepadanya.

“Statistik yang dicatatkannya benar-benar luar biasa sehingga sukar dipercayai. Namun, dia membuktikan perkara itu boleh dilakukan dan dia memang hebat.

“Dia sangat bertekad dan bermotivasi tinggi. Dia sememangnya contoh ikutan buat kami semua dan saya mengucapkan tahniah kepadanya.

“Saya berharap dia dapat mengajar saya dengan lebih lama tentang cara melakukan pemulangan servis kerana saya merasakan dia pemain terbaik dalam aspek itu.

“Segala yang dikatakannya juga sangat baik kerana dia seorang yang terbuka. Ini bukan kali pertama saya berpeluang bertanya sesuatu kepadanya dan dia sentiasa memberikan pandangan yang bernas serta sedia berkongsi ilmu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Agenda Malaysia Biru: Anjakan Baharu Hadapi Masa Depan


“Jadi, sangat baik melihat pemain sepertinya turut mahu membantu pemain lain meningkatkan prestasi. Dia memang seorang yang baik dan saya amat menghargainya,” kata Iga.

Pada penghujung video ketika Djokovic memberikan tunjuk ajar mengenai pemulangan servis, pemain berusia 39 tahun itu turut kedengaran berkata kepada Iga: “Kita akan berbincang lagi.”

Justeru, Iga boleh menjangkakan lebih banyak tunjuk ajar mengenai teknik pemulangan servis daripada juara Grand Slam 24 kali itu pada masa akan datang.

Iga mahu dalami ilmu bersama Djokovic


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pentadbiran Adat, Moden Bergerak Seiring… Tidak Bercampur

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker