Belukar 0.8 hektar terbakar di Pandamaran
Belukar 0.8 hektar terbakar di Pandamaran

SHAH ALAM: Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor giat memadamkan kebakaran belukar seluas 0.8 hektar di Pandamaran, Pelabuhan Klang dekat sini, malam ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar, berkata usaha pemadaman itu dilakukan sejak pasukan tiba di lokasi kira-kira jam 7.20 malam.
“Bomba dimaklumkan mengenai insiden itu melalui panggilan sekitar jam 6.58 petang tadi sebelum menggerakkan anggota serta pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Andalas,” katanya.
Beliau berkata, operasi mengawal kebakaran itu membabitkan kekuatan lapan anggota dan pegawai.
Terdahulu, satu rakaman video berdurasi 11 saat tular dalam media sosial yang memaparkan api sedang marak dipercayai berhampiran sebuah kawasan perindustrian.
Belukar 0.8 hektar terbakar di Pandamaran
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Menuduh 160 Ketua UMNO Bahagian Biadab Adalah Sangat Tidak Beretika
- Pelantikan Semula Tengku Maimun Bukan Penyelesaian Kredibiliti Institusi Kehakiman
- Perlukah UMNO Terima Hishamuddin Hussien?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Selepas Himpunan Turun Anwar, Apakah Ada Langkah Seterusnya?
You must be logged in to post a comment.