Terjebak pelaburan diperkenalkan jiran, suri rumah rugi RM521,450
Terjebak pelaburan diperkenalkan jiran, suri rumah rugi RM521,450

KEPALA BATAS: Seorang suri rumah kerugian RM521,450 selepas terpedaya dengan pelaburan yang diperkenalkan oleh jirannya sejak tiga tahun lalu.
Mangsa berusia 57 tahun hanya sedar dirinya terjebak dalam penipuan itu selepas tidak dapat mengeluarkan keuntungan yang diperoleh.
“Wanita itu (suspek) memberikan penerangan kepada mangsa pelaburan itu menawarkan simpanan dan pelaburan satu kali ganda daripada jumlah modal dalam tempoh sebulan.
“Dia akhirnya sedar ditipu apabila ingin mengeluarkan keuntungan yang diperoleh, tetapi suspek asyik memberikan pelbagai alasan kepadanya iaitu pelaburan mangsa belum mencapai tempoh matang dan mangsa tidak perlu risau kerana wang disimpan dalam Bank Negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, pada masa sama suspek juga meminta mangsa membuat pelbagai bayaran tambahan bagi urusan mendapatkan modal dan keuntungan.
“Mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara semalam dan kes disiasat mengikut
Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.
Terjebak pelaburan diperkenalkan jiran, suri rumah rugi RM521,450
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apakah Kemasukan Semula KJ Mempunyai Tambah Nilai Kepada UMMO
- Kemasukan Tengku Zafrul Ke PKR Bakal Gugat Keharmonian Kerajaan Perpaduan
- Game Over Kepada Ahmad Terrirudin
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.