Marseille, Monaco tempah slot Liga Juara-Juara
Marseille, Monaco tempah slot Liga Juara-Juara

Paris: Olympique Marseille dan AS Monaco sah mengesahkan tempat ke Liga Juara-Juara musim depan selepas mencatat kemenangan dalam aksi Ligue 1 awal pagi tadi.
Marseille menewaskan Le Havre 3-1 dalam perlawanan yang terhenti seketika akibat kekecohan di tempat duduk penonton, manakala Monaco menundukkan Olympique Lyonnais 2-0 hasil jaringan babak kedua daripada Takumi Minamino dan Denis Zakaria.
Kedua-dua pasukan kini akan menyertai Paris Saint-Germain (PSG), yang sudah pun menjuarai liga, dalam kejohanan kelab paling berprestij di Eropah.
Di Stade Oceane, jaringan Amine Gouiri pada minit ke-53 meletakkan Marseille di depan sebelum permainan tergendala selama 15 minit apabila pengadil mengarahkan pemain ke bilik persalinan susulan kekacauan di dalam stadium.
Selepas perlawanan bersambung, Le Havre bangkit menyamakan kedudukan menerusi Issa Soumare, namun Mason Greenwood menyumbat gol ke-19 liga musim ini pada minit ke-86 untuk mengembalikan kelebihan buat pelawat, sebelum Gouiri melengkapkan malam gemilang mereka dengan gol ketiga dalam masa kecederaan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Keterangan Mahkamah Yang Berlainan Nada Antara Jasmin Loo Dan Roger Ng
- Apakah Akan Ada Pertandingan Jawatan Timbalan Presiden PKR?
- Maruah Negara Di Calar, Tanah Rakyat Di Jarah Tapi Hadi Tetap Sibuk Dengan Fatwa Politik
BN Menang Di Ayer Kuning, Tapi UMNO Masih Gagal Tangani Naratif UMDAP
Kemenangan itu menyaksikan Marseille naik ke tangga kedua dengan 62 mata, satu mata mengatasi Monaco (61), yang turut sah menduduki tempat tiga teratas liga.
Sementara itu, nasib Le Havre semakin genting menjelang hari terakhir musim ini Sabtu depan, dengan kesemua sembilan perlawanan akan berlangsung serentak.
Slot keempat Liga Juara-Juara, yang membawa ke pusingan kelayakan, masih terbuka dengan Nice, Lille dan Strasbourg – kesemuanya berkongsi 57 mata – gagal mengutip sebarang mata selepas tumpas di tempat lawan.
PSG pula tidak menghadapi masalah walaupun menurunkan barisan simpanan sepenuhnya, selepas rehatkan sebahagian besar pemain utama susulan kemenangan ke atas Arsenal dalam separuh akhir UCL minggu ini.
Gergasi Perancis itu tetap gah membelasah Montpellier 4-1 hasil hatrik Gonçalo Ramos dan jaringan pembukaan remaja Senny Mayulu.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Cubaan Melucut Hak Milik UMNO Ke Atas PWTC Gagal
- Tragedi Letupan Putra Heights: KUSEL Dan MBSJ Di Serbu Audit
- Benarkah Melayu Sedang Terbangsat Di Bumi Sendiri
Persamaan Antara Makcik Maimun, Pakcik Hamid Dan Uncle Tommy
Kelab Paris itu kini mengumpul 81 mata dan akan menamatkan musim dengan final Piala Perancis serta perlawanan penentu kejuaraan Eropah menentang Inter Milan hujung bulan ini.
Dalam aksi lain, Stade Rennais menundukkan Nice 2-0, Brest mengejutkan Lille dengan kemenangan 2-0, manakala Strasbourg tewas 1-2 kepada Angers yang melonjak keluar daripada zon penyingkiran.
St Etienne pula terus menyimpan harapan untuk kekal dalam Ligue 1 selepas menang 2-0 ke atas finalis Piala Perancis, Stade Reims.
Marseille, Monaco tempah slot Liga Juara-Juara
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sikiittt Lagi PAS Akan Sucikan DAP
- Ayuh Malaysia, Kita Merajuk
- Bila Kuasa Raja Raja Melayu Di Persoalkan Di Mahkamah
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Implikasi Terhadap Kedaulatan Raja Melayu Sekiranya Mahkamah Menolak Titah Adendum
You must be logged in to post a comment.