Wany Hasrita Pujuk Hati Menahan Rindu, Hampir Empat Tahun PJJ Dengan Suami [VIDEO]
‘Setiap Kali Solat Saya Doa’
Wany Hasrita Pujuk Hati Menahan Rindu, Hampir Empat Tahun PJJ Dengan Suami [VIDEO]
Meskipun sudah terbiasa berjauhan dengan suami, namun penyanyi Wany Hasrita mengakui bukan mudah menjalini perhubungan jarak jauh (PJJ).
Menahan rindu
Ketika ditemui OhBulan!, Wany atau nama lengkapnya Nurshazwany Hasrita Hasbullah, bagaimanapun reda dengan ketentuan Allah SWT dan percaya pengorbanan suaminya adalah demi tanggungjawab terhadap keluarga.
Tipulah kalau saya kata tidak sakit menahan rindu. Tapi saya dah terbiasa.
Semuanya adalah aturan Maha Esa. Kita pujuk hati sebab tahu semua ini bukan demi dunia semata-mata. Ada tanggungjawab, ada pengorbanan yang perlu diberi keutamaan.
Jadi, untuk soalan PJJ tu, Alhamdulillah, saya dah belajar terima.
Menurut penyanyi berusia 32 tahun itu, setiap kali ada kesempatan, dia dan anaknya akan bertemu dengan suami, Mohd Al-Adib Fahmi Harun yang bertugas sebagai juruterbang di Sarawak.
Bila ada ruang dan masa, saya balik Sarawak. Itu memang rutin saya.
Tak semestinya aktiviti besar pun. Jalan-jalan pun cukup. Kawasan rumah suami saya luas, ada rumput. Suami suka ‘grounding’ bersama anak dan saya pun ikut. Itu waktu tenang kami.
Wany berkata demikian pada sidang media pelancaran single terbaharunya yang berlangsung di Aloft Hotel, Kuala Lumpur pada Selasa.
Terus berdoa
Dalam pada itu, pelantun lagu Canggung tersebut tidak pernah putus harapan untuk berdoa agar suatu hari nanti dia dapat tinggal bersama suami.
Untuk tinggal bersama itu mestilah ada perancangan malah setiap kali solat, saya doa agar Allah bagi jalan yang baik.
Namun macam saya cakap tadi, kita percaya kepada ketentuan tuhan, Dia tahu yang terbaik untuk kita.
Dalam perkembangan lain, Wany muncul dengan sebuah lagu ‘galau’ yang berjudul Jahat. Single tersebut juga merupakan runut lagu bagi drama bersiri Pabila Dia Tersenyum yang ditayangkan di platform Viu.
Lagu penuh emosi meruntun jiwa itu mendapat sentuhan daripada komposer popular Indonesia Audree Dewangga, David Elsandro, Andre Lizt dan Trakast, di bawah terbitan Sony Music Malaysia.
Untuk rekod, Wany dan suami mendirikan rumah tangga pada 22 Julai 2022 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Aishah Al Iman yang kini berusia hampir dua tahun.
Wany Hasrita Pujuk Hati Menahan Rindu, Hampir Empat Tahun PJJ Dengan Suami [VIDEO]
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ayuh Malaysia, Kita Merajuk
- Bila Kuasa Raja Raja Melayu Di Persoalkan Di Mahkamah
- BN Menang Di Ayer Kuning, Tapi UMNO Masih Gagal Tangani Naratif UMDAP
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.