Gaduh hingga sebabkan kematian, polis buru 11 lagi suspek

Gaduh hingga sebabkan kematian, polis buru 11 lagi suspek

Gaduh hingga sebabkan kematian, polis buru 11 lagi suspek
GAMBAR hiasan

Bintulu: Polis giat memburu 11 lagi suspek yang masih bebas, dipercayai terlibat dalam kes pergaduhan sehingga mengakibatkan kematian seorang lelaki tempatan di sebuah pusat hiburan di sini, 27 April lalu.

Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintendan Nixon Joshua Ali berkata, hingga semalam, sembilan individu terdiri lapan lelaki dan seorang wanita, berusia lingkungan 20-an hingga 40-an telah ditahan dan direman bagi membantu siasatan.

“Siasatan mendapati terdapat 11 suspek lain yang masih bebas dan dipercayai terlibat dalam insiden sama. Polis tidak akan berkompromi dan komited dalam mengesan kesemua suspek ini,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Nixon mengingatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan maklumat palsu atau membuat spekulasi mengenai kes itu dan sebarang maklumat boleh disalurkan kepada pegawai penyiasat kes ASP Mohammad Hashim Kasman di talian 014-6817837 atau Bilik Gerakan IPD Bintulu di 086-318304.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apakah Akan Ada Pertandingan Jawatan Timbalan Presiden PKR?


Dalam kejadian sekitar 1 pagi itu, satu pergaduhan dilaporkan berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan, mengakibatkan kematian seorang lelaki tempatan berusia 28 tahun.

Mangsa ditemukan dalam keadaan berlumuran darah dan dikejarkan ke sebuah hospital swasta di sini, sebelum dibawa ke Hospital Umum Bintulu dan kemudian disahkan meninggal dunia.

 

Gaduh hingga sebabkan kematian, polis buru 11 lagi suspek

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Ayuh Malaysia, Kita Merajuk

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker